Wednesday, 1 February 2012

bagaimana membina rumahtagga bahagia

Bagaimana kita ingin membina satu rumahtangga yang bahagia dan saling sayang menyayangi? Adakah ianya mempunyai rahsia-rahsia atau tips yang boleh membantu? WanitaSihat kali ini akan menjawab persoalan-persoalan tersebut!
1)    Jika mencari lelaki sebagai calon suami, wanita jangan sampai lupa diri. Jika lelaki itu seorang yang beragama, jangan jadikan agama semata-mata sebagai prasyarat sebaliknya ia harus saling melengkapi dengan hal lain supaya fungsi sebenar sebagai suami mencapai matlamatnya.
2)    Kaji latar belakang bakal suami dengan cara mengenal pasti tempat kerja dan pendapatan untuk mendapatkan fakta tepat.
3)    Jangan terlalu ‘mabuk’ hingga lupa mengkaji latar belakangnya sehingga terbongkar perkara yang tidak elok di kemudian hari.
4)    Jika ada jiwa agama, lelaki itu tidak akan mengabaikan kedudukan isterinya atau isteri pertama, kedua atau ketiganya.
5)    Kalau lelaki itu berstatus suami orang, jika benar dirinya jujur mungkin dia akan memperkenalkan anda kepada isteri pertamanya atau sebaliknya.
6)    Jika ada banyak kelemahan dan keburukan pada isteri pertama sebagaimana yang diceritakan oleh lelaki berkenaan, wanita harus mengambil sikap berhati-hati.
7)    Jangan sesekali diajak kahwin lari sama ada ke Thailand, Indonesia atau negara jiran lain. Jika lelaki itu jujur, dia akan perkenalkan anda pada keluarga masing-masing.
8)    Jika anda wanita yang berharta, sebaik sahaja berkahwin jangan ‘diserah’ segala harta semata-mata mahu menunjukkan yang anda terlalu sayang padanya.
9)    Pastikan lelaki itu tidak menggunakan ‘ubat guna-guna’ kerana cinta yang tidak ikhlas akan menemui kehancuran.
Moga tips ini sama-sama membantu kita untuk mewujudkan pasangan suami isteri yang saling kasih mengasihi dan romantis dalam hubungan. Wallahualam..

No comments:

Post a Comment