Friday 7 October 2011

Selamat jalan Mamat! - Sepahtu




Jepp, Shuib teruskan perjuangan dikenali dengan jenama baru Sepahtu

SELEPAS sekian lama memendam rasa, akhirnya dua anggota kumpulan Sepah iaitu, Jepp 
dan Shuib masing-masing meluahkan perasaan betapa mereka sebenarnya sudah lama 
tidak tahan dengan kerenah Mamat.
Mengakui selama ini mendiamkan diri saja kerana mahu menghargai sokongan peminat 
Sepah dalam program realiti Raja Lawak dan Maharaja Lawak, kedua-duanya berasakan 
mereka seolah-olah tidak rugi apa-apa tanpa Mamat lagi. Ditemubual pada pada sidang 
media sempena pelancaran Sepah Bikin Album bersama Sepahtu (Sepah Two), Jepp berkata, 
tindakan menyingkirkan Mamat adalah keputusan muktamad.

Mereka juga sepakat untuk tidak sama sekali membuka peluang kepada Mamat kembali menyertai 
Sepah yang kini diberi nafas baru dikenali sebagai Sepah-tu atau Sepah Two.

“Sebelum ini banyak kenyataan di media mengatakan kami sudah berpisah. Ketika itu saya 
juga ada mengumumkan Sepah dibubarkan. Selepas itu, saya dan Shuib menubuhkan 
Sepahtu pula. Jadi anggota Sepahtu selepas ini hanya saya dan Shuib saja.

“Jika boleh kami tidak mahu dikaitkan dengan Mamat. Kami rasa tidak adil menggunakan nama 
Sepah lagi sedangkan Mamat bukan lagi anggota kumpulan ini.
“Lagipun Mamat juga mengaku nama Sepah itu adalah miliknya,” katanya yang tidak mahu lagi 
memanjangkan episod duka itu malah bersyukur mengambil keputusan berpisah kerana tidak 
lagi akan terpalit dengan mana-mana kontroversi yang dicetuskan Mamat.

Sejujurnya, Jep atau Mohd Nadzri Zainal Abidin, 26, berkata sejak nekad mengambil keputusan 
berpisah, dia dan Shuib tidak lagi menghubungi Mamat namun tidak menafikan bagi soal kerjaya 
mereka masih lagi boleh disatukan.
“Kami akui mengalami masalah dalaman. Sukar untuk diberitahu kerana ibarat membuka pekung 
kumpulan sendiri. Saya sudah nekad berpecah daripada Raja Lawak lagi.

“Sudah lama saya bersabar dan masalah disiplin Mamat bukan sehari dua berlaku namun apa 
saja nasihat yang diberikan ibarat mencurah air ke daun keladi. Tiada perubahan dan dia tetap 
dengan sikapnya.

“Ikutkan hati mahu saja berpisah pada program Raja lawak lagi tetapi mengenangkan tidak adil 
kepada pengundi yang mengundi atas nama Sepah, saya bersabar sehinggalah keputusan 
berpisah akhirnya saya ambil,” katanya yang mula mengakui punca perpisahan kumpulan itu 
berlaku disebabkan masalah disiplin Mamat.

Katanya, niat untuk untuk meninggalkan Sepah dimaklumkan kepada Shuib menyebabkan 
rakannya itu sangat terkejut.
“Sebaik mengetahui saya ambil keputusan berpisah, Shuib sedih namun akhirnya dia faham. 
Mamat pula menyangka hanya saya mahu keluar dari kumpulan Sepah dan ada memberitahu 
di Facebook bahawa dia dan Shuib akan meneruskan Sepah, tetapi tidak lama kemudian Shuib 
juga mengambil tindakan sama.

“Saya tidak berniat mahu mengaibkan sesiapa. Saya kasihan dengan Mamat tetapi tahap
kesabaran saya ada batasnya. Selain ada masalah disiplin, saya selalu menjadi tempat bekas 
teman wanitanya meluahkan perasaan. Ada yang menghubungi saya bertanyakan Mamat dan 
saya tidak mahu lagi semua ini berlaku dalam Sepah-tu,” katanya yang tidak suka hal peribadi 
lebih menguasai mereka berbanding soal kerjaya.

Sementara itu, Shuib yang mendiamkan diri saja, kemudian bersuara dengan mengatakan sebagai 
artis yang menjadikan bidang hiburan sebagai punca rezekinya, dia turut sepakat dengan keputusan 
Jepp iaitu memilih berpisah dengan Mamat kerana ada insan yang perlu disara dan demi masa 
depannya sebagai penghibur yang perlu dijaga.

“Saya ada isteri. Saya perlu tanggung isteri saya dan mencari rezeki. Jika saya mahu fikir hati orang 
saja, apa yang saya mahu beri kepada isteri dan bakal anak saya nanti.

“Lagipun saya tidak fikir bila saya susah dan tiada duit ada orang yang sudi membantu. Jadi saya 
perlu ambil keputusan itu,” kata Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad sambil 
menyatakan dia lebih serasi bekerjasama dengan Jepp berbanding Mamat.

Sepah Two bikin album

MELUPAKAN sengketa saudara, Jepp dan Shuib yang tampil jenama baru dikenali Sepah Two 
atau Sepahtu kini melangkah lebih jauh dalam industri hiburan selepas memeterai persetujuan 
dengan MW Entertainment Sdn Bhd dan Sheikh Qalam Records untuk penerbitan album 
sulung mereka.

Album yang bakal diedar dan dipromosikan Universal Music Malaysia itu dihasilkan untuk 
mengembangkan bakat Sepahtu selain menyampaikan mesej berguna dari segi lirik kepada 
pendengar dan peminat.

Antara komposer dan penulis lirik yang akan memberikan sentuhan menerusi lagu yang terkandung 
dalam album itu termasuklah Datuk M Nasir, Azmeer, Sheikh Qalam dan ahli Sepahtu sendiri.

Pelbagai corak lagu seperti pop dan rock akan dimuatkan. Bukan sahaja muzik tetapi mereka
juga turut mengutamakan lirik yang mantap selain tidak lari daripada memuatkan unsur 
komedi kerana 
Sepahtu pernah berdiri megah di atas tiket jenaka.

“Kami tidak masuk ke dalam kelas vokal tetapi kami kerap mengadakan latihan nyanyian. 
Lagipun Shuib juga sudah mempunyai album single sebelum ini.

“Jika ditanya kepada saya adakah karakter saya macam Ramli Sarip, saya menafikan itu 
kerana saya akan menjadi diri saya sendiri walaupun ada yang mengatakan suara macam 
mirip penyanyi itu.

“Lagipun meniru suara Ramli Sarip itu hanya dalam program Raja Lawak saja,” katanya yang 
memberitahu Sepah Two bersama Mamat juga akan berlakon dalam filem Sepah The Movie 
pada 17 Oktober ini yang membariskan pelakon seperti Anzalna dan Jehan Miskin.

mat magic

Wednesday 5 October 2011

Mahar yang tinggi untuk apa?


Sayup-sayup kedengaran di luar sana. Kalau mahasiswa di Malaysia sibuk dengan pelbagai aktiviti. Ada yang sibuk bercuti dengan sahabat-sahabat, ada yang menziarahi sanak saudara, tidak kurang ada yang berprogram bersama kawan-kawan. Bercuti serata dunia.
Bagi yang ada kesedaran, ada yang mengikuti program ‘short sem’ di pondok-pondok bertiangkan kayu jati bagi memperkukuhkan ilmu agama. Tidak rasa rugi dengan sedikit bayaran yang di kenakan. Sememangnya pondok-pondok di Malaysia sekarang sudah banyak upgrade dari segi sistemnya. Mereka mengetahui mahasiswa-mahasiswa perlukan mereka di kala cuti semester berlangsung.
Manakala bagi pelajar timur tengah mungkin sebahagiannya masih dalam peperangan exam yang belum selesai. Semoga Allah permudahkan semuanya.
Bujang Senang dan Bujang Belum Terlajak
Di hujung tahun sebegini sememangnya para ‘bujang senang’ mahupun ‘bujang belum terlajak’ mengambil kesempatan untuk mengadakan hari yang mungkin paling bahagia dalam sejarah hidup iaitu perkahwinan.
Mudah-mudahan dengan harapan sanak saudara dapat menjadi saksi akan pernikahan mereka disamping mengeratkan silaturrahim. Maklum lah masing-masing sibuk, menjadikan sanak saudara jarang bertemu. Setidak-tidaknya setahun sekali di kala hari raya. Itu pun seandainya ada cuti.
Walau bagaimanapun tidak ketinggalan masih ada yang tidak berkesempatan untuk meraikan hari bahagia tersebut dek kerana ketidakcukupan dana yang terkumpul untuk merealisasikannya. Mahu tidaknya sekarang semua barang naik. Kenapa barang naik? Saya tidak mahu jawab. Masing-masing tahu sebabnya. Masih belum terlambat untuk menurunkannya pada masa akan datang.
Kini mahar atau belanja perkahwinan menjadi bualan.
“Anak mak cik Limah tu SPM je, RM10k.”
“Anak Pak Seman pulak RM1k je, murah kan. Tak patut betul ustaz tu.”
“Anak saya kahwin RM7k, tu pun dekat sepuluh kali minta diskaun.”
Macam-macam orang cakap. Macam mahu jual barang. Hukum adat dan sifat berlumba-lumba di kalangan masyarakat hari ini semakin menjadi-jadi. Masing-masing ingin mengumumkan dan mengisytiharkan.
Anak Aku Paling Mahal
“Anak aku la paling ‘mahal’ setakat ni dalam kampung kita,” dengan penuh bongkak dan takabur berbicara, tanpa menyedari hakikat mahar yang disyariatkan.
Masyarakat menjadikan Islam itu semakin sukar untuk diamalkan. Menyukarkan untuk melaksanakan tuntutan Islam sekali gus membuka pintu maksiat yang dilakukan oleh pasangan kerana sukar untuk berkahwin. Inilah barah yang kian melanda dewasa ini.
“Mak tak payah la letak mahal-mahal sangat, dia bukan keje tetap lagi,” kata Lina.
“Hang gila ke apa? Aku bagi hang belajaq sampai Master, hang nak bagi kat dia RM2k aje? Baik hang cari orang lain yang lebih kaya kalau macam tu,” balas Mak Andak pada Lina.
Anak hanya menunduk diam. Tidak berani membantah cakap ibu. Dikhuatiri akan menderhaka. Kadang-kadang si anak memahami apa yang dikehendaki dengan perkahwinan, namun niat terhenti atas keinginan ibu bapa.
Macam-macam tanggapan masyarakat tentang belanja, mas kawin mahupun mahar. Terkadang seperti menjual anak pula. Kita lupa akan hakikat diri seorang insan yang bergelar wanita. Yang mana nilainya tidak ternilai dengan RM10k, RM100k dan sebagainya.
Martabat Wanita Di Sisi Agama
Sesungguhnya nilai seorang wanita itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Islam meletakkan martabat seorang wanita itu terlalu tinggi. Tidak dapat dibeli dengan segala jenis harta. Mahar yang diberikan hanyalah sebagai penghargaan dan kehormatan dari pihak lelaki kapada wanita tersebut kerana sudi menjadi teman hidupnya, berjanji berkongsi suka duka bersama hingga ke akhir hayat.
Mazhab Syafie dan sebahagian ulama tidak menetapkan kadar yang terendah dalam meletakkan nilai mahar. Selagi mana mempunyai nilai ia diterima sebagai mahar.
Kita kembali kepada sejarah yang mana Rasul s.a.w bertanya kepada sahabat yang ingin berkahwin berapakah mahar yang mampu diberikan kepada pihak perempuan. Kerana apa, kerana ia mengikut kemampuan si lelaki. Seandainya ditanya kepada pihak perempuan, sudah pasti ia akan menyukarkan pihak lelaki.
Suami Akan Lakukan Yang Terbaik
Kepada kaum muslimah tidak perlulah risau, kerana bakal suami anda akan memberikan yang terbaik untuk anda. Pemberian yang lahir dengan penuh keikhlasan dalam hati lelakilah sebenarnya membawa keberkatan dan kebahagian dalam sesebuah keluarga.
Bilamana lelaki memberikan mahar yang diminta oleh pihak perempuan dalam keadaan tertekan, penuh bebanan dan sebagainya, inilah yang akan membawa kemudaratan di masa hadapan, nauzubillah min zalik.
Mungkin dengan mahar yang tinggi itu, si lelaki akan mengungkit itu dan ini di masa hadapan.
“Aku bayar sampai RM11k, ingatkan serba boleh. Goreng ikan pun tak masak betul, lipat baju pun tak pandai, masak kari pun masin dan bla bla bla….”
Pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku.
Pesan Rasulullah s.a.w
Kita lupa akan pesan Nabi s.a.w yang mana Nabi menyebut,
“Pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya.”
“Sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya.”
“Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah.”
“Berilah mahar sekalipun sebentuk cincin daripada besi.”
Ini menunjukkan Islam tidak mahu menyusahkan umatnya dalam melaksanakan syariat kerana dengan itu akan timbul pelbagai masalah yang lain. Sedarlah kita bahawa kita perlu mengubah kembali persepsi masyarakat yang mengatakan, lagi tinggi harga mahar lagi tinggi darjat seseorang wanita. Ini salah sama sekali.

Antara persoalan kahwin awal


Antara persoalan kahwin awal

On 05/10/2011, in Islam, by syahirul
Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)
Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.
1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?
2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)
3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)
5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.
Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

selamanya

hari neh 05/10/2011
genap umo awak 25 tahun (ahaks)
saya harap awak :
- panjang umo
- sihat sokmo
- murah rezeki
- sentiasa diberkati
- jadi anak yg baik
- berjaya dunia akhirat
- bahagia sentiasa
- cepat2 kawin
- ada sy je utk selamanya..

ENCIK KESAYANGAN
SELAMAT HARI LAHIR AWAK...
SYG AWAK BYK2.

Tuesday 4 October 2011

kaabah kiblatku

Kenapa Umat Islam Sembah Ka'abah? [Sila Share]

Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.

Missionary : Mengapa awak caka begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..

Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.

Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.
Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……

Sunday 2 October 2011

encik oren kena cium lagi.

gedik betol awak ni kan?
siyes saya xpuas hati...
kalo nk ngorat pon xyah la sampai nk cium2
saya tahu la encik oren saya 2 hensem, segak bergaya...
awak ingat saya nk sangat ke bermenantukan awak?
hello.....jgn mimpi okeh.
tp kan...awak yang gedik ke encik oren yang gedik..
ni dah masuk keli ketiga encik oren bawak lovebite.
sape cium sape sebenarnye neh...
susah la jaga benda hensem mcm awak neh.
neh first lovebite yg encik oren bawak balik..sy leh cover ag..malu org tgk
love bite yg kedua....saya xtau nk sorok camne sbb dok kat tgh2.
ni yg ketiga n terbaru...adeh...tgk2 je da ada...sakit ati...siyes.
yg ketiga tuh saya xtau nk cover cmne ag...
kalo org kampung tya npe ngan encik oren, saya xtau nk jwb ape...
memalukan betol...
kali ni kalo saya dapat tangkap sape cium encik oren saya mmg saya report kat pak imam
saya bukan marah tp sy jeles...sbb encik oren 2 buah ati saya okey.
sekian....

p/s : saya lupa nk tya abah dah setelkan ke belom surat cinta utk encik oren yg dia dapat hari 2.

abah oh abah

refer kat entry neh encik abah
saya pon pernah gak terkena ngan abah lebih kurang cam dalam cite tuh.
masa 2 lebih kurang setahun yg lalu la kot.
saya yg tgh syok malayan mukabuku tetiba disapa oleh abah.
abah tya " boleh ajar abah guna pendrive x?"
saya pon yg agak keliru bertya "aik,xkan abh xtahu guna pendrive kot..slama ni ngajar kat sekolah pon prnah guna pndrive kan"
abah kata lagi "mana ada,abah baru nk blajar guna"
saya pon tercair ngan sore lemah lembut abah.
step by step saya ajar.
dari cara nk smbung pndrve ke laptop, cara nak buka, cara nk copy paste item....
pas siap ajar sume, abah kata "ulang skali lagi boleh x?..abah xpaham sgt la"
saya pon tnpa byk bunyi ajar la abah lagi skali..kali kedua ni lebih terperinci..siap buat praktikal lagi.
lepas saya ajar,saya suh abah buat...pastu saya ajar, ajar n terus mengajar.

adik, amir, abah, angah
last skali abah tya "kalo nk tukar nama pndrive 2 cmne?"
saya pon tya "abah nk letak nama apa?"
abah kata "cuba letak I <3 MY FAMILY"
saya pon buat...tp xleh sbb kalo nk rename dia xleh letak sign
kna ejaan je...
pastuh saya pon cuba ag...xleh...cuba lagi...xleh...
pastu abah pon kata " adeh, td mcm hebat je nk ajar abah guna pndrive"
"ahh (nama manja i le 2) guna pndrive sejak bila?"
"masa tingkatan 6...3 tahun lepas" jwb saya dgn penuh bgga
"oo..patutla xreti nk rename...meh abah buat" abah cakap lagi
pastu xsamapi 5 saat abah da setel utk rename tuh..abah kata mana leh guna sign la..kna huruf je sume..sbb 2 xleh...
saya pon tya "aik, td kata xreti.."
"abah guna pendrive 7 tahun yg lalu la..masa 2 pndrive 265mb pon RM80 lagi tau.." kata abah sambil berlalu meninggalkan sy yg terkena...
sempat jugak sambil tersenyum abah kata "saja abah nk tgk anak abah ikhlas ke x.."
saya sayang abah kuat2.

Menteri Besar Kelantan TGNA



Assalamualaikum W.B.T,kepada pembaca2 blog..hehe..tengah berFB td terjumpa 1 gambar nih yang di post oleh seorang insan yg mempunyai akaun FB.
Saya amik post beliau untuk di kongsi bersama. No Politics isu ok.. hanya sekadar perkongsian maklumat kerana saya syg tok guru..hehehe..LOL.

copy from source:Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan.


Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan.


Malah beliau terlebih dahulu menegur dan menberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama di meja beliau sambil berborak menanyakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi...


Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9).. .Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.


Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu.


dirembat dari mat magic