Friday, 10 February 2012

lawak = cinta muka buku

Cikgu: Selamat berkenalan....

Najwa: Kita Berkenalan hanya dalam laman muka buku.... 

Cikgu: Sat gi cikgu hantar kau dekat guru besar baru tau...

Najwa: Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooohh uwouwouwo

Cikgu: Cikgu sakit hati dah ni =="

Najwa: Hati ku rasa sesuatu :P

Cikgu : Sebelom kamu balik, datang jumpa saya kat office..

Najwa : Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku

Cikgu: Atau kamu nak saya hantar kamu dekat guru besar?

Najwa: Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu

Cikgu: Cikgu rasa kamu ni dah tak betol..

Najwa: Oh oh benarkah rasa itu...

Cikgu : Ingat taw.. sebelum balik nanti kamu datang office jumpa saya!!

Najwa : Bagaimana harus bersua...ku rasa gementar tapi bahagia

Cikgu : Memang kalau dah ade peluang nak rotan je kamu ni...

Najwa : Perlukah kita cari peluang pertama..

Cikgu : Saya dah agak hang ni bermasalah..

Najwa : Walaupun kita tak pernah berjumpaa..... ooohh uwouwouwo

Cikgu: Otak saya dah sarat dengan macam2 masalah.. Kamu ni buat...

Najwa: Banyak persoalan yang berada di minda :p

Pelajar lain menyampuk: Cikgu ni banyak tanya la...

Najwa : Banyak tanda tanya dan juga kata kerja

Cikgu disiplin : Cikgu jom pegi lunch dengan saya kejap lagi

Cikgu: Argh, tak nak, nak settle kes najwa ni

Najwa : Otak kata jangan hati pula kata ya :)

cikgu: Tak menentu saya di buatnya..

Najwa : Hidup tak menentu adakah ini cinta......

Cikgu : Konfius!!!

Najwa : Banyak soalan banyak juga jawapannya

Pelajar lain : Kalau ikut hati,cikgu kami memang nak bunuh hang ni adoiii

Najwa : Kata hati dan rasa tak dibiar saja..

Cikgu Disiplin : Masuk bilik saya nak jalankan operasi merotan ni...

Najwa : Setiap yg berlaku ada kebaikannya,harus pejam mata dan cuba apa saja...

Cikgu Disiplin : Kamu pandang muka saya..

Najwa : Pabila kau renung tajam tajam mata aku

Cikgu Disiplin : Cikgu, kau rasa kita nak report kat Encik Latif ke..

Cikgu : Aku rasa...

Najwa : Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu

Cikgu : Najwa! Ape semuanya ni?

Najwa : Oh oh ini cinta remajaku.. :P

Cikgu : Cinta? Dengar baik2 kata-kata cikgu ni...

Najwa : Dan pabila kau katakan kau suka aku... :">

Cikgu Disiplin : Sudah! Diam!!

Najwa : Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju...

Cikgu Disiplin : Cikgu! cinta apa yang dia merepek ni?

Cikgu : Oh oh itulah cinta yang satu XP

Najwa : Cinta di muka bukuu....



sumber

No comments:

Post a Comment