22 Sebab Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah anda
1. Rumah orang yang memutuskan hubungan Silaturrahim.
2. Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.
3. Rumah yang memelihara anjing.
4. Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.
5. Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.
6. Rumah yang sering meninggikan suara.
7. Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.
8. Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.
9. Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah.
10. Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.
11. Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.
12. Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.
13. Rumah pemakan riba.
14. Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.
15. Rumah yang memiliki patung-patung.
16. Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.
17. Rumah yang didiami peminum arak.
18. Rumah yang mempercayai tukang tilik.
19. Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.
20. Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.
21. Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).
22. Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.
sumber
Showing posts with label rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label rumahtangga. Show all posts
Tuesday, 10 April 2012
Friday, 17 February 2012
JIKA ISTERI MENANGIS DI HADAPAN MU
JIKA ISTERI MENANGIS DI HADAPAN MU
Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sebelum terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, mungkin selamanya....
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis keranamu, peganglah tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau bahagia maupun saat derita..
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, jangan sesekali mensia-siakannya...
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Disebalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
Dia TERSENYUM bila melihat anda tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM disebalik KESEDIHANnya. .
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Suami sering lupa “Betapa BERHARGAnya dia”…
... kasihi dan hargailah isteri.. :) - shbt -

Wednesday, 1 February 2012
bagaimana membina rumahtagga bahagia
Bagaimana kita ingin membina satu rumahtangga yang bahagia dan saling sayang menyayangi? Adakah ianya mempunyai rahsia-rahsia atau tips yang boleh membantu? WanitaSihat kali ini akan menjawab persoalan-persoalan tersebut!

1) Jika mencari lelaki sebagai calon suami, wanita jangan sampai lupa diri. Jika lelaki itu seorang yang beragama, jangan jadikan agama semata-mata sebagai prasyarat sebaliknya ia harus saling melengkapi dengan hal lain supaya fungsi sebenar sebagai suami mencapai matlamatnya.
2) Kaji latar belakang bakal suami dengan cara mengenal pasti tempat kerja dan pendapatan untuk mendapatkan fakta tepat.
3) Jangan terlalu ‘mabuk’ hingga lupa mengkaji latar belakangnya sehingga terbongkar perkara yang tidak elok di kemudian hari.
4) Jika ada jiwa agama, lelaki itu tidak akan mengabaikan kedudukan isterinya atau isteri pertama, kedua atau ketiganya.
5) Kalau lelaki itu berstatus suami orang, jika benar dirinya jujur mungkin dia akan memperkenalkan anda kepada isteri pertamanya atau sebaliknya.
6) Jika ada banyak kelemahan dan keburukan pada isteri pertama sebagaimana yang diceritakan oleh lelaki berkenaan, wanita harus mengambil sikap berhati-hati.
7) Jangan sesekali diajak kahwin lari sama ada ke Thailand, Indonesia atau negara jiran lain. Jika lelaki itu jujur, dia akan perkenalkan anda pada keluarga masing-masing.
8) Jika anda wanita yang berharta, sebaik sahaja berkahwin jangan ‘diserah’ segala harta semata-mata mahu menunjukkan yang anda terlalu sayang padanya.
9) Pastikan lelaki itu tidak menggunakan ‘ubat guna-guna’ kerana cinta yang tidak ikhlas akan menemui kehancuran.
Moga tips ini sama-sama membantu kita untuk mewujudkan pasangan suami isteri yang saling kasih mengasihi dan romantis dalam hubungan. Wallahualam..
Subscribe to:
Posts (Atom)