Hi sahabat CINTA semua di blog Pakar Cinta. Anda apa khabar? Harap-harap sihat selalu yea. Alhamdulillah, Pakar Cinta ‘makin sihat’ dari hari ke hari. Hehe.. :)
Oklah, pada entri terbaru ini, Pakar Cinta ingin sekali menyeru kepada semua LELAKI, mereka yang bernama LELAKI dan LELALAKI lah! Orite.. Dengan sini Pakar Cinta nak pesan yea:
Kepada si LELAKI (suami atau anak LELAKI), tolong ingatkanlah dirimu sendiri supaya jangan lupa jasa wanita-wanita (isterimu atau ibumu) yang selalu menjaga ruang rumahmu, pakaianmu dan masakan hari-harimu. Dan kamu juga jangan lupa untuk kamu selalu memberi sokongan kepada anak-anakmu sehinggalah berjaya mereka berjaya!
Mungkin anda pernah mendengar ungkapan lain yang seumpamanya:
“Kejayaan seorang suami adalah kerana isteri yang menyokong dari belakang..”
Dan lain-lain ungkapan yang mengaitkan kejayaan seorang lelaki dengan wanita yang menyokongnya. Benarkah ini memang realiti kehidupan? Mungkin ia benar, mungkin tidak. Namun dalam konteks sirah nabi dahulu..
Rasulullah pernah bersabda, “Demi Allah, Allah tidak pernah menggantikan wanita yang lebih baik darinya. Dia menolongku di saat orang-orang mengusirku. Dia mempercayaiku di saat orang-orang mendustakanku.”
Kata-kata itu adalah pujian baginda kepada Khadijah. Khadijah menyokong baginda di awal perkembangan Islam. ~ (Maksud Hadith)
Ya, walau sepahit mana pun kehidupanmu (lelaki) bersama seorang wanita, ketahuilah bahawa kamu dilahirkan dari rahim seorang wanita. Kamu di keluarkan dengan penuh keperitan oleh seorang wanita.
Dan jangan kamu lupa wahai si lelaki, kamu juga tidak mustahil akan beroleh seorang anak wanita di kemudian hari. Insyaallah.. Jadi wahai si lelaki, sayangilah wanita! :)
No comments:
Post a Comment