Showing posts with label suami. Show all posts
Showing posts with label suami. Show all posts

Wednesday, 18 April 2012

TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS......




1. KETIKA MENCARI CALON 
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita. 

2. KETIKA MELAMAR 
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis. 

3. KETIKA AKAD NIKAH 
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah. 

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka. 

5. KETIKA MALAM PERTAMA 
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat. 

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA 
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri. 

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG 

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK 

Cintailah isteri atau suami anda 100% 

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK 

Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%. 

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM 

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri. 

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG 

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita. 

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI 
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda. 

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI 
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.



Friday, 17 February 2012

JIKA ISTERI MENANGIS DI HADAPAN MU

JIKA ISTERI MENANGIS DI HADAPAN MU 


Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sebelum terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, mungkin selamanya....

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis keranamu, peganglah tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau bahagia maupun saat derita..

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, jangan sesekali mensia-siakannya...

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Disebalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

Dia TERSENYUM bila melihat anda tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM disebalik KESEDIHANnya. .

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Suami sering lupa “Betapa BERHARGAnya dia”…

... kasihi dan hargailah isteri.. :) - shbt -

wahai ayah dan suami


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-

perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya 

(semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai 

perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah 

adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Ahzab:59)

Thursday, 9 February 2012

Lelaki.. Sayangilah Wanita!

Hi sahabat CINTA semua di blog Pakar Cinta. Anda apa khabar? Harap-harap sihat selalu yea. Alhamdulillah, Pakar Cinta ‘makin sihat’ dari hari ke hari. Hehe..  :)
Oklah, pada entri terbaru ini, Pakar Cinta ingin sekali menyeru kepada semua LELAKI, mereka yang bernama LELAKI dan LELALAKI lah! Orite.. Dengan sini Pakar Cinta nak pesan yea:
Kepada si LELAKI (suami atau anak LELAKI), tolong ingatkanlah dirimu sendiri supaya jangan lupa jasa wanita-wanita (isterimu atau ibumu) yang selalu menjaga ruang rumahmu, pakaianmu dan masakan hari-harimu. Dan kamu juga jangan lupa untuk kamu selalu memberi sokongan kepada anak-anakmu sehinggalah berjaya mereka berjaya!
Mungkin anda pernah mendengar ungkapan lain yang seumpamanya:
“Kejayaan seorang suami adalah kerana isteri yang menyokong dari belakang..”
Dan lain-lain ungkapan yang mengaitkan kejayaan seorang lelaki dengan wanita yang menyokongnya. Benarkah ini memang realiti kehidupan? Mungkin ia benar, mungkin tidak. Namun dalam konteks sirah nabi dahulu..
Rasulullah pernah bersabda, “Demi Allah, Allah tidak pernah menggantikan wanita yang lebih baik darinya. Dia menolongku di saat orang-orang mengusirku. Dia mempercayaiku di saat orang-orang mendustakanku.”
Kata-kata itu adalah pujian baginda kepada Khadijah. Khadijah menyokong baginda di awal perkembangan Islam. ~ (Maksud Hadith)
Ya, walau sepahit mana pun kehidupanmu (lelaki) bersama seorang wanita, ketahuilah bahawa kamu dilahirkan dari rahim seorang wanita. Kamu di keluarkan dengan penuh keperitan oleh seorang wanita.
Dan jangan kamu lupa wahai si lelaki, kamu juga tidak mustahil akan beroleh seorang anak wanita di kemudian hari. Insyaallah.. Jadi wahai si lelaki, sayangilah wanita! :)

Wednesday, 8 February 2012

‎4 JENIS PEREMPUAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA

‎4 JENIS PEREMPUAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA ( WAJIB BACA )

Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dalam kehidupan kita sama ada secara kita sedar ataupun secara tidak sedar. Dan sebaik-baik manusia ialah manusia yang segera berubah untuk memperbaiki kesilapan diri. Berikut adalah 4 jenis perempuan yang akan menjadi penghuni neraka. 

1. Perempuan yang jahat mulutnya dan perbuatan atas suaminya.

Terlalu banyak komplen. Ada sahaja yang tidak kena.

" Abang ni pun satu, beli ikan kecil-kecil sangat. Belilah yang besar sikit. Susah nak siang. " komplen Lisa pada Zack. Esoknya..

" Abang ni, beli ikan besar sangat, gelilah nak makan." Komplen Lisa lagi. Ada sahaja yang tidak kena pada Zack, suaminya.

Suka memburuk2an suami dibelakang suami samada kpd ibu bapa, sedara mara atau kawan2nya.

Curang pada suami.

Ketika suami tiada di rumah kerana pergi kursus, balik kampung, maka si isteri mengambil peluang dengan membawa lelaki lain masuk ke dalam rumahnya. Si isteri membuat perkara haram atau bergayut atau berchatting dgn lelaki lain.

Menyakitkan hati suami dengan mengungkit segala kekurangan suami setiap hari.

" Sedarlah diri awak tu, kos perkahwinan pun saya yang keluarkan. Nak harapkan awak dan keluarga awak, tak merasalah hidup senang seperti sekarang ni tau." sehingga suaminya tidak terkata apa-apa.


2. Perempuan yang membuat suaminya barang yang tidak mampu (memperbodohkan suami, memaksa suami membuat perkara yang di luar kemampuan suami).

Menggunakan ilmu hitam agar suami patuh dan ikut segala kemahuan isteri. 

" Itulah engkau, kalau dari dahulu, kau dengar cakap aku, beri suami kau makan nasi kangkang, sudah tentu sekarang ni kau tidak dimadukan. "

Memaksa suami untuk membeli sesuatu di luar kemampuannya atau suaminya mampu tapi suami minta tangguhkan dulu sebab ada perkara lain yg lebih perlu. 

" Abang, saya tak tahu, raya nanti saya nak kereta. "

" Abang mana mampu yang. Yang tahukan, hutang kereta yang ada ni pun belum habis pembayarannya. "

" Itu saya tak tahu. Yang saya tahu, saya nak kereta, saya nak kereta."


3. Perempuan yang tidak mahu menutup aurat. Yang memakai perhiasan untuk tujuan bermegah-megah.
" Amboi, cantiknya isteri abang. Bila bergaya nak keluar rumah, mengalahkan artis nak ambil award."

" Mestilah, bila orang tanya, isteri siapa yang cantik, bergaya, rambut ikal mayang tu..ha..abang juga yang akan dapat namakan. "

" Iya tak ya juga. Bangga abang ada isteri cantik macam kamu ni."


4. Perempuan yang tiada cita-cita melainkan makan, minum dan tidur.

Di suruh solat, tak nak. Di suruh berpuasa, tak nak. Di suruh belajar membaca Quran tak nak. Di suruh bertudung, tak nak. Apatah lagi hendak menutup aurat. Hidupnya hanya untuk bergembira dan berseronok. Hari-harinya di habiskan dengan berseronok, makan, minum dan tidur.

Semoga artikel ini ada manfaatnya untuk semua. Kepada yang hendak sebarkan, jangan lupa linkkan semula ke blog picisan ini ya. :)


Nota : Sumber artikel, ceramah Ustaz Kazim Elias dari fb ustaz azhar idrus (original)

Sunday, 5 February 2012

MENYELESAIKAN MASALAH DALAM PERKAHWINAN

Semua perkahwinan pasti akan ada masalah. Jika anda sedang mencari bantuan dalam menyelesaikan masalah perkahwinan anda sendiri, penting untuk anda sedar bahawa anda tidak keseorangan. Ramai yang menghadapi masalah dalam perkahwinan seperti anda. Apabila melihat beberapa masalah yang kerap berlaku dalam perkahwinan, teknik-teknik yang mudah boleh dilakukan dalam kebanyakan kes untuk menghentikan masalah ini daripada terus berpanjangan.
Antara masalah yang paling biasa dan kerap berlaku dalam perkahwinan ialah masalah kewangan, tidak mempunyai masa bersama yang cukup antara satu sama lain, masalah komunikasi, perbezaan pendapat dalam membesarkan anak dan juga masalah pasangan kurang romantik. Apabila anda mengambil nasihat yang disenaraikan di bawah, anda akan mempelajari beberapa teknik mudah untuk menyelesaikan masalah-masalah perkahwinan yang kerap berlaku ketika ini.
Elakkan dari Pergaduhan Yang Tidak Adil
Tidak kira apa jua masalah yang berlaku dalam perkahwinan, ianya penting untuk anda membincangkannya dan menyelesaikannya dalam keadaan yang cukup bertolak-ansur dan saling memahami. Perselisihan pendapat dalam apa-apa hubungan dan hubungan pasti akan terjadi. Namun, perselisihan itu perlulah berlaku dalam keadaan yang terkawal. Anda tidak perlu terlalu bersikap pentingkan diri sendiri atau terlalu mempertahankan diri anda. Jangan sekali-kali mengungkit kembali kesilapan lalu pasangan anda. Fokus dan hanya berbincang isu yang sedang berlaku sahaja, bukannya isu-isu lama yang diungkit kembali. Anda juga tidak perlu mengkritik pasangan anda sama sekali.
Perselisihan dan perbezaan pendapat kadang-kala baik untuk perkahwinan sebagai asam garam kehidupan, tetapi berselisih pendapat dalam keadaan yang tidak adil dan mengikut nafsu amarah hanya akan membawa perasaan buruk dan fikiran negatif terhadap pasangan anda. Apabila anda berbincang dengan aman dan adil, komunikasi antara pasangan akan lebih terbuka dan masing-masing akan sedar akan kesilapan atau kesalahan yang dilakukan, dan seterusnya dapat mencari penyelesaian bersama.
Sentiasa Memaafkan dan Melupakan Kesalahan Lalu
Bila-bila masa anda berhujah atau berselisih faham dengan pasangan anda, anda harus cuba untuk menyelesaikannya, memaafkan dan melupakan masalah tersebut. Berbincang masalah semasa sahaja, bukan terbawa-bawa dengan masalah lampau dan cubalah untuk saling berfikiran terbuka semasa berbincang. Setelah penyelesaian telah dipersetujui, lupakan masalah tersebut dan amalkan untuk saling memaafkan antara satu sama lain.
Jangan Mungkir Janji
Janji yang terungkap di bibir selalunya indah-indah dan manis-manis belaka, tapi apabila tiba masa untuk menunaikan janji-janji tersebut, anda gagal untuk melakukannya!  Percayalah bahawa anda telah melakukan kesilapan besar dan jika tidak ditangani dengan betul, masalah ini akan mengganggu kesejahteraan perkahwinan anda. Jadi, penting untuk kita tepati janji walaupun janji tersebut sekecil-kecil janji seperti berjanji ingin keluar makan bersama. Perlu diingat bahawa janji-janji kecil yang tidak ditepati juga boleh mengakibatkan kemusnahan hubungan anda.
‘Dating’ Bersama Pasangan
Salah satu kaedah yang sangat berjaya dalam menyelesaikan masalah biasa dalam perkahwinan adalah dengan mengatur ‘dating’ semula dengan pasangan anda seolah-olah pertemuan pertama dahulu. Teknik ini akan mengimbas kembali kenangan anda ketika anda mula-mula jatuh cinta. Anda akan ingat bagaimana rasanya untuk bersama-sama apabila anda pertama kali bertemu dan anda selalu bercakap tentang kegembiraan anda bersama pasangan. Bercakaplah tentang kehidupan bersama pasangan anda. Luahkan segala perasaan anda terhadapnya. Amalan sebegini pasti akan memberi perbezaan yang besar dalam perjalanan perkahwinan anda yang bahagia.

Wednesday, 1 February 2012

bagaimana membina rumahtagga bahagia

Bagaimana kita ingin membina satu rumahtangga yang bahagia dan saling sayang menyayangi? Adakah ianya mempunyai rahsia-rahsia atau tips yang boleh membantu? WanitaSihat kali ini akan menjawab persoalan-persoalan tersebut!
1)    Jika mencari lelaki sebagai calon suami, wanita jangan sampai lupa diri. Jika lelaki itu seorang yang beragama, jangan jadikan agama semata-mata sebagai prasyarat sebaliknya ia harus saling melengkapi dengan hal lain supaya fungsi sebenar sebagai suami mencapai matlamatnya.
2)    Kaji latar belakang bakal suami dengan cara mengenal pasti tempat kerja dan pendapatan untuk mendapatkan fakta tepat.
3)    Jangan terlalu ‘mabuk’ hingga lupa mengkaji latar belakangnya sehingga terbongkar perkara yang tidak elok di kemudian hari.
4)    Jika ada jiwa agama, lelaki itu tidak akan mengabaikan kedudukan isterinya atau isteri pertama, kedua atau ketiganya.
5)    Kalau lelaki itu berstatus suami orang, jika benar dirinya jujur mungkin dia akan memperkenalkan anda kepada isteri pertamanya atau sebaliknya.
6)    Jika ada banyak kelemahan dan keburukan pada isteri pertama sebagaimana yang diceritakan oleh lelaki berkenaan, wanita harus mengambil sikap berhati-hati.
7)    Jangan sesekali diajak kahwin lari sama ada ke Thailand, Indonesia atau negara jiran lain. Jika lelaki itu jujur, dia akan perkenalkan anda pada keluarga masing-masing.
8)    Jika anda wanita yang berharta, sebaik sahaja berkahwin jangan ‘diserah’ segala harta semata-mata mahu menunjukkan yang anda terlalu sayang padanya.
9)    Pastikan lelaki itu tidak menggunakan ‘ubat guna-guna’ kerana cinta yang tidak ikhlas akan menemui kehancuran.
Moga tips ini sama-sama membantu kita untuk mewujudkan pasangan suami isteri yang saling kasih mengasihi dan romantis dalam hubungan. Wallahualam..

cara membahagiakan suami

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak tahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

wahai wanita, jadilah isteri yang membahagiakan

Fenomena isteri meleteri suami atau dengan kata lain, tidak menghormati suami, bagaikan sudah menjadi satu perkara biasa bagi kebanyakan pasangan dewasa ini. Malah si isteri seolah-olah tiada sedikitpun merasa bersalah melayani suami mereka seperti adik, kawan atau anak lelaki atau sesiapa sahaja lagaknya. Tahukah anda wahai wanita, betapa besarnya ganjaran yang Allah berikan sekirannya kita menjadi seorang isteri mithali yang taat dan hormat kepada suami.
Rasulullah menyebut dalam hadith bahawa apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik maka dia memperolehi pahala jihad. Jihad adalah sebuah amalan yang paling besar di dalam islam. Tidak ada pahala yang lebih melainkan pahala jihad. Orang yang mati di dalam berjihad adalah mati syahid, tidak melalui zaman perhisaban, melainkan terus masuk ke dalam syurga.
Hargailah pemberiaan suami. Contohnya, apabila si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.
Pepatah Arab ada menyebut:
Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise not your voice in my presence, especially when I am in a moody crisis.(Imam al-Ghazali)
Untuk menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian si suami.
Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinannya:
Oh my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for a house in which you brought up for a house unknown to you and to a companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to you; be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be like a slave girl to him and he will be a slave boy to you. Avoid inopportune behaviour, least he should be bored with you; and be not aloof lest he should become indifferent to you. If he approaches you, come running to him; and if he turns away, do not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and his ear. Let him not smell except a good odour from you; let not his eye see you except in an agreeable appearance; and let him hear nothing from you except nice, fine words.
(Imam al-Ghazali)
Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi dia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh. (Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)
Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang engkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami, jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.

kelebihan isteri yang taat

Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu neraka dan terbuka tujuh pintu syurga. Masuklah mana-mana pintu yang dia sukai dengan tanpa hisab.
1. Rasulullah bersabda, maksudnya : “Wanita, apabila dia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.”
2. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang soleh.”
3. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian dia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya, maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.”
4. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Perempuan itu aurat maka apabila dia keluar mendongaklah syaitan memandang akan dia.”
5. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak, haramlah baginya bau syurga.”
6. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas khawin).”
7. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya akan tinggal bersama ku dalam syurga.”
8. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apabila seorang wanita mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).”
9. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan muhrimnya) adalah seumpama gelap gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya.”