Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

Friday, 20 April 2012

untungla kalo dapat suami mcm ni..

‎(Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)


















By: TerrBBaaaaeeekkk

mak,saya nk kahwin



mak ayah, saya nak kahwin.. janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana 

pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti 

akan diredhai Allah.

mak ayah, saya nak kahwin. janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, 

barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.

mak ayah saya nak kahwin.jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah 

berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

mak ayah, saya nak kahwin. walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh 

menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan 

dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

mak ayah, saya nak kahwin.. jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri 

bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu 

sudah ada perancangannya yang tersendiri.

mak ayah, saya nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat 

perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.

mak ayah, saya nak kahwin.. dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila 

ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.

mak ayah, saya nak kahwin.. percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. 

Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka 

berkahwin sekadar suka-suka.

mak ayah, saya nak kahwin. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi

dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin 

kepada isterinya pula.

mak ayah, saya nak kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti 

mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih 

soleh/solehah.

mak ayah, saya nak kahwin.. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah 

sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak 

pengalaman.

mak ayah, saya nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya 

tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk 

menghormati keputusan kedua orang tuanya.

mak ayah, saya nak kahwin. Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, 

maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, 

tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.

mak ayah, saya nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa 

memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap 

kepadaNya.

mak ayah, saya nak kahwin. tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi 

hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan ayah, alangkah 

bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan ayah ini, amin.

gambar + huraian = tersurat dan tersirat

Wednesday, 18 April 2012

SOAL HATI REMAJA - PATUTKAH BERKAHWIN AWAL



SOAL HATI REMAJA - PATUTKAH BERKAHWIN AWAL

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)



copypaste

Thursday, 1 March 2012

PERSEDIAAN PERKAHWINAN

DEFINISI PERKAHWINAN

Perkahwinan mengikut istilah adalah penyatuan atau percampuran. Menurut istilah syara’ pula, perkahwinan adalah ijab dan qabul yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang di ucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang di tetapkan Islam [1].
Sedia Kahwin


PERSEDIAAN PERKAHWINAN
Dah kahwin? Kalau belum, mari baca beberapa tips persediaan perkahwinan, dan kalau yang dah kahwin dan ingin melangsungkan perkahwinan lagi, apa salahnya membaca juga kan?

Perkahwinan merupakan suatu perkara yang sangat penting, jadi perkahwinan bukan melibatkan persediaan persalinan semasa majlis perkahwinan dan barang hantaran saja, malah ia membabitkan soal persediaan emosi, spiritual, ekonomi dan fizikal. Berikut merupakan sedikit senarai semak, sebagai tanda persediaan perkahwinan.

*Telah di susun bukan mengikut keutamaan.
  • Budget Kahwin - Perkara yang boleh di anggap penting. Pasangan yang mahu melangsungkan perkahwinan perlu menyediakan budget kahwin yang mencukupi. Budget kahwin ni termasuklah semua perkara, dari segi hantaran, persalinan, jurusolek, jurugambar, makan, cenderahati kepada tetamu dan lain-lain perkara yang termasuk dalam budget perkahwinan. Lebih penting, perlu juga memastikan ada baki dalam akaun simpanan, takut nanti lepas kahwin, kena puasa berbulan-bulan.
  • Rancang tarikh - Penting untuk memilih tarikh bagi merisik, bertunang, bernikah dan berkahwin (pihak perempuan) dan majlis menyambut tetamu (pihak lelaki). Pemilihan tarikh yang sesuai amat penting supaya majlis yang akan berlangsung juga akan menjadi lebih meriah.
  • Kursus Kahwin - Kahwin pun kena pergi kursus. Jangan pula nanti main redah je. Ok, sila pastikan diri telah menghadiri kursus kahwin, yang melayakkan kita kahwin. Kursus macam ni, ada yang liat nak hadiri juga?
  • Perbincangan - Perbincangan ni termasuklah persediaan untuk konsep perkahwinan, adat perkahwinan, menentukan perbelanjaan, kad jemputan, dan juga tempat berbulan madu. Hahah, ini pun masuk dalam persediaan perkahwinan ke? Entahlah, ye kot, senang nak merancang kan.. Jadi, lakukan perbincangan dan sebaik-baiknya di persetujui kedua-dua belah pihak.
  • Pengantin - Nak kahwin, mesti lah ada pasangan pengantin kan? Jadi, mungkin ini perkara utama yang perlu di sediakan dalam persediaan perkahwinan. Kalau boleh biarlah pasangan suka sama suka, jangan pula masih ada kahwin paksa-rela, ei ni kahwin betul-betul la, bukan cubaan!

Haa, itu merupakan senarai yang sy fikir perlu di sediakan untuk persediaan perkahwinan. Kalau pembaca di luar sana yang sudah berpengalaman berkahwin satu, dua, tiga atau empat, maksud jelas sy, yang sudah berpengalaman berkahwinlah, ada beberapa cadangan tambahan,sy alu-alukan untuk meninggalkan pendapat anda. Bukan apa, sy boleh jadikan rujukan nanti.


sumber

Monday, 13 February 2012

TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS



TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi 
carilah ayah bagi anak-anak kita.


2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah 
melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus 
berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk 
BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang 
malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak
belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM


Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan 

suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara 
bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan 
semua pekerjaan.


Pendakwah dan jurugambar berbakat :) Facebook beliau: 
http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original

Sunday, 5 February 2012

MENYELESAIKAN MASALAH DALAM PERKAHWINAN

Semua perkahwinan pasti akan ada masalah. Jika anda sedang mencari bantuan dalam menyelesaikan masalah perkahwinan anda sendiri, penting untuk anda sedar bahawa anda tidak keseorangan. Ramai yang menghadapi masalah dalam perkahwinan seperti anda. Apabila melihat beberapa masalah yang kerap berlaku dalam perkahwinan, teknik-teknik yang mudah boleh dilakukan dalam kebanyakan kes untuk menghentikan masalah ini daripada terus berpanjangan.
Antara masalah yang paling biasa dan kerap berlaku dalam perkahwinan ialah masalah kewangan, tidak mempunyai masa bersama yang cukup antara satu sama lain, masalah komunikasi, perbezaan pendapat dalam membesarkan anak dan juga masalah pasangan kurang romantik. Apabila anda mengambil nasihat yang disenaraikan di bawah, anda akan mempelajari beberapa teknik mudah untuk menyelesaikan masalah-masalah perkahwinan yang kerap berlaku ketika ini.
Elakkan dari Pergaduhan Yang Tidak Adil
Tidak kira apa jua masalah yang berlaku dalam perkahwinan, ianya penting untuk anda membincangkannya dan menyelesaikannya dalam keadaan yang cukup bertolak-ansur dan saling memahami. Perselisihan pendapat dalam apa-apa hubungan dan hubungan pasti akan terjadi. Namun, perselisihan itu perlulah berlaku dalam keadaan yang terkawal. Anda tidak perlu terlalu bersikap pentingkan diri sendiri atau terlalu mempertahankan diri anda. Jangan sekali-kali mengungkit kembali kesilapan lalu pasangan anda. Fokus dan hanya berbincang isu yang sedang berlaku sahaja, bukannya isu-isu lama yang diungkit kembali. Anda juga tidak perlu mengkritik pasangan anda sama sekali.
Perselisihan dan perbezaan pendapat kadang-kala baik untuk perkahwinan sebagai asam garam kehidupan, tetapi berselisih pendapat dalam keadaan yang tidak adil dan mengikut nafsu amarah hanya akan membawa perasaan buruk dan fikiran negatif terhadap pasangan anda. Apabila anda berbincang dengan aman dan adil, komunikasi antara pasangan akan lebih terbuka dan masing-masing akan sedar akan kesilapan atau kesalahan yang dilakukan, dan seterusnya dapat mencari penyelesaian bersama.
Sentiasa Memaafkan dan Melupakan Kesalahan Lalu
Bila-bila masa anda berhujah atau berselisih faham dengan pasangan anda, anda harus cuba untuk menyelesaikannya, memaafkan dan melupakan masalah tersebut. Berbincang masalah semasa sahaja, bukan terbawa-bawa dengan masalah lampau dan cubalah untuk saling berfikiran terbuka semasa berbincang. Setelah penyelesaian telah dipersetujui, lupakan masalah tersebut dan amalkan untuk saling memaafkan antara satu sama lain.
Jangan Mungkir Janji
Janji yang terungkap di bibir selalunya indah-indah dan manis-manis belaka, tapi apabila tiba masa untuk menunaikan janji-janji tersebut, anda gagal untuk melakukannya!  Percayalah bahawa anda telah melakukan kesilapan besar dan jika tidak ditangani dengan betul, masalah ini akan mengganggu kesejahteraan perkahwinan anda. Jadi, penting untuk kita tepati janji walaupun janji tersebut sekecil-kecil janji seperti berjanji ingin keluar makan bersama. Perlu diingat bahawa janji-janji kecil yang tidak ditepati juga boleh mengakibatkan kemusnahan hubungan anda.
‘Dating’ Bersama Pasangan
Salah satu kaedah yang sangat berjaya dalam menyelesaikan masalah biasa dalam perkahwinan adalah dengan mengatur ‘dating’ semula dengan pasangan anda seolah-olah pertemuan pertama dahulu. Teknik ini akan mengimbas kembali kenangan anda ketika anda mula-mula jatuh cinta. Anda akan ingat bagaimana rasanya untuk bersama-sama apabila anda pertama kali bertemu dan anda selalu bercakap tentang kegembiraan anda bersama pasangan. Bercakaplah tentang kehidupan bersama pasangan anda. Luahkan segala perasaan anda terhadapnya. Amalan sebegini pasti akan memberi perbezaan yang besar dalam perjalanan perkahwinan anda yang bahagia.

Saturday, 4 February 2012

soal hati, cinta dan nikah.

Koleksi kata-kata UAI tentang soal hati, cinta dan nikah.
Kutipan dari video ceramah beliau di youtube dll. Sila rujuk youtube kembali utk lebih jelas kerana tidak semuanya dapat dimuatkan dalam ni.


cc: Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Wednesday, 5 October 2011

Mahar yang tinggi untuk apa?


Sayup-sayup kedengaran di luar sana. Kalau mahasiswa di Malaysia sibuk dengan pelbagai aktiviti. Ada yang sibuk bercuti dengan sahabat-sahabat, ada yang menziarahi sanak saudara, tidak kurang ada yang berprogram bersama kawan-kawan. Bercuti serata dunia.
Bagi yang ada kesedaran, ada yang mengikuti program ‘short sem’ di pondok-pondok bertiangkan kayu jati bagi memperkukuhkan ilmu agama. Tidak rasa rugi dengan sedikit bayaran yang di kenakan. Sememangnya pondok-pondok di Malaysia sekarang sudah banyak upgrade dari segi sistemnya. Mereka mengetahui mahasiswa-mahasiswa perlukan mereka di kala cuti semester berlangsung.
Manakala bagi pelajar timur tengah mungkin sebahagiannya masih dalam peperangan exam yang belum selesai. Semoga Allah permudahkan semuanya.
Bujang Senang dan Bujang Belum Terlajak
Di hujung tahun sebegini sememangnya para ‘bujang senang’ mahupun ‘bujang belum terlajak’ mengambil kesempatan untuk mengadakan hari yang mungkin paling bahagia dalam sejarah hidup iaitu perkahwinan.
Mudah-mudahan dengan harapan sanak saudara dapat menjadi saksi akan pernikahan mereka disamping mengeratkan silaturrahim. Maklum lah masing-masing sibuk, menjadikan sanak saudara jarang bertemu. Setidak-tidaknya setahun sekali di kala hari raya. Itu pun seandainya ada cuti.
Walau bagaimanapun tidak ketinggalan masih ada yang tidak berkesempatan untuk meraikan hari bahagia tersebut dek kerana ketidakcukupan dana yang terkumpul untuk merealisasikannya. Mahu tidaknya sekarang semua barang naik. Kenapa barang naik? Saya tidak mahu jawab. Masing-masing tahu sebabnya. Masih belum terlambat untuk menurunkannya pada masa akan datang.
Kini mahar atau belanja perkahwinan menjadi bualan.
“Anak mak cik Limah tu SPM je, RM10k.”
“Anak Pak Seman pulak RM1k je, murah kan. Tak patut betul ustaz tu.”
“Anak saya kahwin RM7k, tu pun dekat sepuluh kali minta diskaun.”
Macam-macam orang cakap. Macam mahu jual barang. Hukum adat dan sifat berlumba-lumba di kalangan masyarakat hari ini semakin menjadi-jadi. Masing-masing ingin mengumumkan dan mengisytiharkan.
Anak Aku Paling Mahal
“Anak aku la paling ‘mahal’ setakat ni dalam kampung kita,” dengan penuh bongkak dan takabur berbicara, tanpa menyedari hakikat mahar yang disyariatkan.
Masyarakat menjadikan Islam itu semakin sukar untuk diamalkan. Menyukarkan untuk melaksanakan tuntutan Islam sekali gus membuka pintu maksiat yang dilakukan oleh pasangan kerana sukar untuk berkahwin. Inilah barah yang kian melanda dewasa ini.
“Mak tak payah la letak mahal-mahal sangat, dia bukan keje tetap lagi,” kata Lina.
“Hang gila ke apa? Aku bagi hang belajaq sampai Master, hang nak bagi kat dia RM2k aje? Baik hang cari orang lain yang lebih kaya kalau macam tu,” balas Mak Andak pada Lina.
Anak hanya menunduk diam. Tidak berani membantah cakap ibu. Dikhuatiri akan menderhaka. Kadang-kadang si anak memahami apa yang dikehendaki dengan perkahwinan, namun niat terhenti atas keinginan ibu bapa.
Macam-macam tanggapan masyarakat tentang belanja, mas kawin mahupun mahar. Terkadang seperti menjual anak pula. Kita lupa akan hakikat diri seorang insan yang bergelar wanita. Yang mana nilainya tidak ternilai dengan RM10k, RM100k dan sebagainya.
Martabat Wanita Di Sisi Agama
Sesungguhnya nilai seorang wanita itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Islam meletakkan martabat seorang wanita itu terlalu tinggi. Tidak dapat dibeli dengan segala jenis harta. Mahar yang diberikan hanyalah sebagai penghargaan dan kehormatan dari pihak lelaki kapada wanita tersebut kerana sudi menjadi teman hidupnya, berjanji berkongsi suka duka bersama hingga ke akhir hayat.
Mazhab Syafie dan sebahagian ulama tidak menetapkan kadar yang terendah dalam meletakkan nilai mahar. Selagi mana mempunyai nilai ia diterima sebagai mahar.
Kita kembali kepada sejarah yang mana Rasul s.a.w bertanya kepada sahabat yang ingin berkahwin berapakah mahar yang mampu diberikan kepada pihak perempuan. Kerana apa, kerana ia mengikut kemampuan si lelaki. Seandainya ditanya kepada pihak perempuan, sudah pasti ia akan menyukarkan pihak lelaki.
Suami Akan Lakukan Yang Terbaik
Kepada kaum muslimah tidak perlulah risau, kerana bakal suami anda akan memberikan yang terbaik untuk anda. Pemberian yang lahir dengan penuh keikhlasan dalam hati lelakilah sebenarnya membawa keberkatan dan kebahagian dalam sesebuah keluarga.
Bilamana lelaki memberikan mahar yang diminta oleh pihak perempuan dalam keadaan tertekan, penuh bebanan dan sebagainya, inilah yang akan membawa kemudaratan di masa hadapan, nauzubillah min zalik.
Mungkin dengan mahar yang tinggi itu, si lelaki akan mengungkit itu dan ini di masa hadapan.
“Aku bayar sampai RM11k, ingatkan serba boleh. Goreng ikan pun tak masak betul, lipat baju pun tak pandai, masak kari pun masin dan bla bla bla….”
Pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku.
Pesan Rasulullah s.a.w
Kita lupa akan pesan Nabi s.a.w yang mana Nabi menyebut,
“Pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya.”
“Sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya.”
“Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah.”
“Berilah mahar sekalipun sebentuk cincin daripada besi.”
Ini menunjukkan Islam tidak mahu menyusahkan umatnya dalam melaksanakan syariat kerana dengan itu akan timbul pelbagai masalah yang lain. Sedarlah kita bahawa kita perlu mengubah kembali persepsi masyarakat yang mengatakan, lagi tinggi harga mahar lagi tinggi darjat seseorang wanita. Ini salah sama sekali.