Sunday, 2 October 2011

abah oh abah

refer kat entry neh encik abah
saya pon pernah gak terkena ngan abah lebih kurang cam dalam cite tuh.
masa 2 lebih kurang setahun yg lalu la kot.
saya yg tgh syok malayan mukabuku tetiba disapa oleh abah.
abah tya " boleh ajar abah guna pendrive x?"
saya pon yg agak keliru bertya "aik,xkan abh xtahu guna pendrive kot..slama ni ngajar kat sekolah pon prnah guna pndrive kan"
abah kata lagi "mana ada,abah baru nk blajar guna"
saya pon tercair ngan sore lemah lembut abah.
step by step saya ajar.
dari cara nk smbung pndrve ke laptop, cara nak buka, cara nk copy paste item....
pas siap ajar sume, abah kata "ulang skali lagi boleh x?..abah xpaham sgt la"
saya pon tnpa byk bunyi ajar la abah lagi skali..kali kedua ni lebih terperinci..siap buat praktikal lagi.
lepas saya ajar,saya suh abah buat...pastu saya ajar, ajar n terus mengajar.

adik, amir, abah, angah
last skali abah tya "kalo nk tukar nama pndrive 2 cmne?"
saya pon tya "abah nk letak nama apa?"
abah kata "cuba letak I <3 MY FAMILY"
saya pon buat...tp xleh sbb kalo nk rename dia xleh letak sign
kna ejaan je...
pastuh saya pon cuba ag...xleh...cuba lagi...xleh...
pastu abah pon kata " adeh, td mcm hebat je nk ajar abah guna pndrive"
"ahh (nama manja i le 2) guna pndrive sejak bila?"
"masa tingkatan 6...3 tahun lepas" jwb saya dgn penuh bgga
"oo..patutla xreti nk rename...meh abah buat" abah cakap lagi
pastu xsamapi 5 saat abah da setel utk rename tuh..abah kata mana leh guna sign la..kna huruf je sume..sbb 2 xleh...
saya pon tya "aik, td kata xreti.."
"abah guna pendrive 7 tahun yg lalu la..masa 2 pndrive 265mb pon RM80 lagi tau.." kata abah sambil berlalu meninggalkan sy yg terkena...
sempat jugak sambil tersenyum abah kata "saja abah nk tgk anak abah ikhlas ke x.."
saya sayang abah kuat2.

Menteri Besar Kelantan TGNA



Assalamualaikum W.B.T,kepada pembaca2 blog..hehe..tengah berFB td terjumpa 1 gambar nih yang di post oleh seorang insan yg mempunyai akaun FB.
Saya amik post beliau untuk di kongsi bersama. No Politics isu ok.. hanya sekadar perkongsian maklumat kerana saya syg tok guru..hehehe..LOL.

copy from source:Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan.


Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan.


Malah beliau terlebih dahulu menegur dan menberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama di meja beliau sambil berborak menanyakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi...


Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9).. .Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.


Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu.


dirembat dari mat magic

Gambar Menteri Besar Kelantan Makan Bersila

Assalamualaikum W.B.T kepada semua pembaca, tengah ber blog walking di 1 blog sahabat saya cukup tertarik dengan 1 gambr ni..gambar siapa?? artis seksi? tidak!! Anda tengok dan nilai sendiri siapa beliau.


Taddaaaa..itulah dia Menteri besar Kelantan,Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atau lebih di kenali sebagai Tok Guru oleh masyarakat Kelantan. Saya tak pasti lokasi ni dimana tapi jelas macam di pejabat beliau.
Marilah sama2 kita doakan beliau di panjangkan umur dan di permudahkan segala urusannya.amin.

Entry ini tiada unsur-unsur politik.Hanya sekadar perkongsian untuk tatapan pencinta Tok Guru.
Salute Tok Guru. Luv U


dirembat dari mat magic