1. Masa couple, sebelum berpisah, si awek akan salam si pakwe. Siap cium tangan lagi,
konon-kononnya nak jadi isteri yang solehah. Lepas kahwin beranak-pinak, si suami nak
pergi kerja, si isteri tak salam cium tangan suami pun.
2. Masa couple, si awek kalau nak keluar pergi mana-mana kena minta kebenaran si pakwe
dulu. Kalau si pakwe tak bagi, tak keluar. Konon-kononnya derhaka la kalau ingkar. Abis tu,
dengan mak bapak boleh plak derhaka? Lepas kahwin beranak-pinak, si isteri dah tak mintak
pun kebenaran suami nak keluar.
3. Masa couple, pakai tudung sebab nak tutup aurat. Tak nak bagi orang lain nampak
rambut. Bila berwebcam ataupun hantar gambar kat pakwe, tak cover pun rambut dan aurat.
Kononnya, nanti dia nak jadi suami jugak. Jadi halal jugak nanti. Kononnya, semuanya untuk
abang sayang seorang.
4. Bila couple, masa dating si awek terpaksa bagi si pakwe pegang tangan, pegang pinggul,
cium-cium sikit. Bukti cinta kononnya. Sanggup berkorban jiwa, raga dan dara. Takut kalau
tak bagi, si pakwe tinggal cari orang lain. Bila dah kahwin beranak-pinak, dah tak
berpegangan tangan lagi dah. Dah tak rasa apa-apa lagi lepas kahwin. Si suami minta
dilayan, ditolak mentah-mentah. Dosa woo siksa batin.
5. Masa couple, bila melepak dengan kawan-kawan, semua sibuk cerita kehebatan pakwe
masing-masing. Bila dah kahwin beranak-pinak, bila berborak dengan kawan-kawan, semua
sibuk cerita keburukan dan kekurangan suami masing-masing.
6. Masa couple, si pakwe cakap itu, si makwe pun ikut je. Konon-kononnya nak jadi suami
yang tegas la nanti. Bila dah kahwin beranak-pinak, si isteri jadi queen control. Si suami ikut
je telunjuk si isteri. Si suami berdosa sebab dayus, si isteri berdosa sebab control suami.
Mana taat setia sebelum kahwin dulu, wahai perempuan? Mana sifat tegas dan kepimpinan
sebelum kahwin dulu, wahai lelaki? Jangan bazirkan perasaan pada yang bukan pasti milik
kita, jagalah diri dan simpan untuk yang sah sahaja.
Credit: Diarihati. com
No comments:
Post a Comment