Wednesday 4 April 2012

5 Jenis Lelaki Yang Wanita Patut Putuskan Hubungan

Salam semua pembaca setia blog ini, disini admin nak kongsi satu artikel yang aadmin rasa menarik untuk dikongsi bersama dengan pembaca pada hari ini, kengkadang mungkin kaum wanita/perempuan confius nak memilih teman hidup.. Ada mungkin yang takut tersalah pilih, jika ada banyak pilihan semestinya mereka ingin memilih salah sorang yang betul-betul mencintai dan boleh menjaga mereka, disini nak kongsi antara 5 jenis Lelaki Yang Kaum Wanita atau Perempuan Patut Putuskan Hubungan..
5 Jenis Lelaki Yang Wanita Patut Putuskan Hubungan
  1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya sudah bertahun2. Ini bermakna bahawa anda bakan orang yang dia inginkan & mungkin juga anda tiada dalam kamus hidupnya.
  2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki sebegini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi, bila anda memerlukannya, dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelakkan dari anda.
  3. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana saja anda berdua. Ibarat merpati sejoli la konon pd pandangan orang. Malangnya hati lelaki tu tak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang dah lama kosong. Jangan buang masa dengan lelaki cenggitu.
  4. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih, tapi tetap mahukan anda (tamak betul). Selalunya lelaki macam ini mempunyai ramai awek tapi sekadar memenuhi nafsunya dan masa lapang mereka.
  5. Lelaki yang anggp dirinya sentiasa betul. Pandangan atau setiap perkara yang anda buat salah pada mata atau pandangan dia. Selalunya kalau menjalinkan hubungan dengan lelaki macam ini, anda akan sering dimarah atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal (ego la tu), hal kecik pun nak dibesarkan.
so, adakah korang bertembung dengan 5 jenis lelaki yang disenaraikan diatas nie? jika ya pertimbangkan semula pilihan korang itu, ataupun mungkin korang kurang bersetuju dengan 5 jenis lelaki yang disenaraikan diatas ini?
jom kongsi dari pandangan korang, mungkin ada jenis-jenis lelaki yang lain yang korang leh senaraikan dalam list yang patut korang putuskan hubungan…
p/s : Kepada lelaki sila elakkan diri anda tergolong dari 5 jenis lelaki diatas ini :)

No comments:

Post a Comment