Friday, 11 May 2012

asha kuat kan?

bukak pesbuk...
scroll down...mcm xdek keje..
tgk angah post status kat group fmly...
suh doakan keselamatan dan kesihatan asha...
scroll lagi...lagi...lagi..
jumpa angah post kat wall asha plak...
angah kata,asha kna kuat..
allah uji org yg boleh terima ujian 2..
asha kuat kan?
kalo xkuat,allah xuji...
dalam hati terpikir...ni mesti pasal exam
tergerak hati utk reply status 2...
"may i know why?"...
angah reply : "can i call u now?"...
"yup...".
hp berdecit (berdecit??)
cepat2 tya angah pasal asha..
angah mula cerita...
angah kata..hari 2 angah skype ngan dia..
asha tya : angah nk tgk something x?
angah kata : nk2
asha suh angah perhatikan mata dia,mulut dia...
angah perhati...
angah pelik..terus memerhati,rapat ke skrin laptop
angah nmpk time asha bercakap mulut dia mcm kaku sebelah..
bila asha berkelip..mata dia berkelip xserentak...
asha kata kalo dia makan,makanan xdapat rasa...
telan mcm 2 je...
masa asha kunyah makanan pon mulut dia kaku...
angah perasan mata asha pelik..pegun je...xbergerak..
wpon mata kanan asha aktif,to mata kiri asha....
xde respon...
masa angah cerita 2...meremang..takut...sedih...
asha sorg2 kat mesir...
sakit sorg2...sedih sorg2...
ya allah...
angah cerita lagi...
asha kata kat angah kalo asha tido mata da x rapat...
nk senyum xboleh..nk gerak2 mulut xboleh...
asha ckp sebelah kiri muka dia xde respon...
macam lumpuh...kaku.
tetiba je jadi g2...asha pon xtau sbb dia.
ya allah..ujian apakah yg engkau berikan ini ya allah?
andai dugaan ini untuk mendekatkan kami kepadamu,aku psrah ya allah...
masa 2 mmg da nangis...xleh nk pikir knapa asha yg kena mcm 2...
tya angah..abah dah tahu belum?
angah cakap dah...
abah nangis...umi apatah lagi...
anak dia sorg2 kat sana...
hanya angah yg boleh contct asha dgn mudah..
papehal abah call angah tya pasal asha...
malam 2 abah call...
sore abah sebak...
org tahu abah sedih..abah kna kuat.
abah suh asha balik..tp risau kalau dia balik sorg2..
22 jam penerbangan...
abah suh angah ambik asha...
jarak jordan ke mesir 2 jam penerbangan je..
asha kata,xpe abah..asha boleh hadapi ujian ni..
asha kata,allah uji org yg Dia syg..
mknanya asha tergolong dalam org yg allah sayang.
asha kata lagi...sekejap je allah tarik nikmat yg Dia bg pinjam...
asha kata hari ni dia nk g hospital..
berdebar tggu keputusan..
sha,org doakan semoga asha cepat sihat..
cepat sembuh...
balik mesia dengan riang gembira...
siyes rindu asha..
smoga keputusan yg bakal diterima nnt akan membahagiakn fmly kita..
kesian kat abah...umi...
sha,asha kan kuat..
asha boleh...
ya allah,kau berikanlah kesihatan yang sempurna buat adikku asha ya allah...
smoga keputusan yang bakal kami terima akan terus membekalkan senyuman di awajah ibu bapa kami ya allah...ya allah,kau sembuhkanlah dan hidarkanlah segala masalah yang asha hadapi ya allah..sesungguhnya engkaulah yang maha mengetahui setiap sesuatu ya allah...


baru je rasa bahagia bila umi n abah buat suprise kat sni...
balik je umi kat umah terus dikejutkan dengn berita sedih ni...

yg terbaik di dunia itu abah n umi saya

hari tu 1 mei 2012...
abah call dlm pukul 10.30 pg...
abah tya,npe sore lain..xsht ke?..
ckp kat abah..xde pape..juz batuk2,selsema..xdemam pon..
tp dada sakit sket mungkin sbb batuk kot...
abah suh g klinik..tp hari ni kan hari pekerja...klinik tutup..
abah suh g swasta..dlm hati ckp mlsnye nk g sbb xtruk pon..
juz batuk2 biasa2...abah beria suh pegi jugk...
nk xnk g jgk la..
pastu abah n umi asyik dok call je..3,4 kali sehari
penat nk yakinkan abah yg anak dia ni xpape..
masa hari jumaat 2 abah tya,bila plak kita boleh jumpa...
gtau kat abah..
abah,org bz sket 3,4 hari ni...xsmpt nk balik..
kalo jmpa pon mgkin kat kl akhir mei nnt..
sayu je sore abah bila ckp g2..
hari 2 saje 3,4 kali abah call...
tya sihat ke x...da mkn ubat belum..
abah,ank abah x pape..anak abah sihat..
mnyesal plak ckp kat abah dgn sore yg xsihat...
umi pon dok risau...suh tido,mkn ubat...
umi,org minta maaf..org xterniat wat umi risau..siyes.
malam jumaat 2 tido awal sket sbb mkn ubat batuk..lalok mungkin.
sabtu,dlm pukul 9 pagi tgk2 ada 3 miskol..
dari umi tersayang..pelik.
call balik..umi kata bila plak kita boleh jumpa...
hairan..knapa?
wajah kesayangan saya
pastu abah kata turunla abah kat bawah ni..
xpercaya..siyes..mimpi ke lalok lagi ni?
saje nk uji..tya abah,cuba teka ada apa kat bawah...
abah jawab..betul.
berlari2 turun..
ya allah...anugerahmu terindah..
umi abah amir adik...depan mata
peluk abah,peluk umi,peluk adik,peluk amir...
kuat2...erat2...
time rasa mcm manusia pling bhagia dalam dunia...
sayu bila pkir abah n umi sanggup datang penang...
smata2 nk tgk anak dia yg hnya btuk n selsema ni..
ya allah,time rasa nk tumbuk diri sndiri kuat2..
knapa myusahkan abah n umi smpai mcm 2..
knapa biarkan umi tahu yg anak dia ni xsihat..
berkali2 minta maaf ngan abah..
abah kata...
kalo sakit,abah doa biar sakit 2 pindah kat abah..
bergenang..sedih sgt.
time 2 terpikir jgk,dpt ke buat perkara yg sama kat abah n umi bila da kerja nnt?
dapat ke balik segera kalo umi n abah batuk2?
dapat ke?
time 2 jugak terus nyah jauh2 prasaan nk duk kat sabah srawak..
kalo dapat posting jauh2 pon,akan suh abah ejas biar dapat duk ngan abah...
xkira...nk duduk ngan umi jgk...
3 hari umi n abah kat penang..
gembira...tp dlm hari rasa bersalah tetap mencengkam..
dapat tgk abah hepi,umi senyum..
sejuk rasa hati...
abah..orang sayang abah ikhlas kerana allah...dlm sgt2 syg org kat abah...
umi..orang sayang umi ikhlas kerana allah...kuat sgt2 syg org kat umi..
ya allah...
kau panjangkanlah usia kedua ibu bapaku...
kau murahkanlah rezeki kedua ibu bapaku...
kau bahagiakanlah kedua ibu bapaku...
ya allah...
kau peliharalah kedua ibu bapaku...
kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku...
kau rahmatilah mereka ya allah...


*hari ni call abah,ckp kat abah..abah,org nk buat suprise jgk kat abah..abah kata : tryla kalo nk tido kat luar rumah sbb balik kat umah tgk2 abah xde...urmm,xjadila mcm ni..kna inform jugak la nmpknye..xsabar nk tggu isnin...nk balik kg seminggu dgn hepinye wpon skip klas.

Friday, 27 April 2012

apabila janda kehausan


Hasnah adalah seorang janda kaya raya yang suaminya baru saja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Usianya masih muda, masih di bawah 30 tahun dan dari segi fizikalnya, Hasnah masih cantik, potongan body pun ok macam anak dara, kira bergetah giler ah.
Sejak kematian suaminya, Hasnah selalu diganggu oleh pemuda-pemuda di sekitar rumahnya yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayani pemuda2 tersebut, kerana hatinya masih rindu kepada suaminya, walaupun sebenarnya di dalam hatinya terasa sangat2 kesepian dari segi zahir dan batin terutamanya.

Lebih lebih di waktu malam hari… Rasa kesepian di hatinya memuncak muncak.
Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi…. Hasnah bangun dari tidurnya. Badannya terasa panas… tekaknya terasa haus… Hasnah merasa begitu dahaga sekali…
Hasnah bangun perlahan dan keluar dari biliknya menuju ke dapur…langkahnya begitu cepat seiring dengan kehausan yang sedang menerpanya.
Sesampai di dapur… Hasnah langsung membuka peti sejuk dan mengambil sebotol air sejuk…

Hasnah menuangnya ke dalam gelas dan meminumya dengan cepat. Setelah meminum air tersebut…. Hasnah kembali ke dalam bilik untuk tidur kembali.
Begitulah kisah mengenai Hasnah, seorang janda yang kehausan.

p/s: Jangan berpikiran kuning yea....hihihi
sumber

Saturday, 21 April 2012

ngeri : Mayat Terbiar Pendaki Gunung Everest


Agaknya susah nak bawak balik.Jadi diorang tinggalkan je dekat situ.Malam-malam mesti banyak hantu dekat sini.Ikikikik

\


Friday, 20 April 2012

bertuah dapat pak mertua mcm ni



TGNA: Hantaran Anak Saya RM1000 Sahaja..
Mengenai perkahwinan, beliau menasihatkan pihak keluarga wanita mengenakan hantaran atau 



mas kahwin yang rendah serta berpatutan kepada pihak lelaki dan bukan membebankan 


mereka.


“Saya kahwin dulu hantaran RM100 sahaja untuk isteri saya. Malahan siapa nak kahwin anak 



saya, saya minta RM1,000 saja,” katanya.


Beliau berkata perkahwinan penting bagi mengelakkan gejala sosial buang anak dan zina dalam 



masyarakat.
Majlis Pertunangan anak PM - RM409,767!!!
mitok2 la bulih tok tuo po TOK GURU.....

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7.
Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9.
Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13.
Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

kdt-scaniaz
diambil dari : Keindahan Ciptaan Allah Taala

untungla kalo dapat suami mcm ni..

‎(Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)


















By: TerrBBaaaaeeekkk

mak,saya nk kahwin



mak ayah, saya nak kahwin.. janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana 

pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti 

akan diredhai Allah.

mak ayah, saya nak kahwin. janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, 

barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.

mak ayah saya nak kahwin.jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah 

berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

mak ayah, saya nak kahwin. walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh 

menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan 

dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

mak ayah, saya nak kahwin.. jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri 

bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu 

sudah ada perancangannya yang tersendiri.

mak ayah, saya nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat 

perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.

mak ayah, saya nak kahwin.. dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila 

ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.

mak ayah, saya nak kahwin.. percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. 

Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka 

berkahwin sekadar suka-suka.

mak ayah, saya nak kahwin. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi

dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin 

kepada isterinya pula.

mak ayah, saya nak kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti 

mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih 

soleh/solehah.

mak ayah, saya nak kahwin.. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah 

sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak 

pengalaman.

mak ayah, saya nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya 

tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk 

menghormati keputusan kedua orang tuanya.

mak ayah, saya nak kahwin. Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, 

maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, 

tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.

mak ayah, saya nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa 

memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap 

kepadaNya.

mak ayah, saya nak kahwin. tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi 

hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan ayah, alangkah 

bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan ayah ini, amin.

gambar + huraian = tersurat dan tersirat

Wednesday, 18 April 2012

TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS......




1. KETIKA MENCARI CALON 
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita. 

2. KETIKA MELAMAR 
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis. 

3. KETIKA AKAD NIKAH 
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah. 

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka. 

5. KETIKA MALAM PERTAMA 
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat. 

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA 
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri. 

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG 

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK 

Cintailah isteri atau suami anda 100% 

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK 

Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%. 

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM 

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri. 

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG 

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita. 

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI 
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda. 

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI 
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.