Wednesday, 4 April 2012

Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ; ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye..
lawak zizan
Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.
Pemuda : ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati.
Mat salleh : Oh, I’m sorry
Pemuda : It’s ok, never min. Thank you.
Mat salleh : Thank you too.
Pemuda : ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three.
Mat salleh : ( hairan ) what for?
Pemuda : ( four..four hmm five ) thank you five.
Mat salleh : Are you sick?
Pemuda : ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya… pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye .
Mat salleh : ( bingung )
Cerita Lawak Thank You

5 Jenis Lelaki Yang Wanita Patut Putuskan Hubungan

Salam semua pembaca setia blog ini, disini admin nak kongsi satu artikel yang aadmin rasa menarik untuk dikongsi bersama dengan pembaca pada hari ini, kengkadang mungkin kaum wanita/perempuan confius nak memilih teman hidup.. Ada mungkin yang takut tersalah pilih, jika ada banyak pilihan semestinya mereka ingin memilih salah sorang yang betul-betul mencintai dan boleh menjaga mereka, disini nak kongsi antara 5 jenis Lelaki Yang Kaum Wanita atau Perempuan Patut Putuskan Hubungan..
5 Jenis Lelaki Yang Wanita Patut Putuskan Hubungan
  1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya sudah bertahun2. Ini bermakna bahawa anda bakan orang yang dia inginkan & mungkin juga anda tiada dalam kamus hidupnya.. 
  2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki sebegini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi, bila anda memerlukannya, dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelakkan dari anda.. 
  3. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana saja anda berdua. Ibarat merpati sejoli la konon pd pandangan orang. Malangnya hati lelaki tu tak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang dah lama kosong. Jangan buang masa dengan lelaki cenggitu.. 
  4. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih, tapi tetap mahukan anda (tamak betul). Selalunya lelaki macam ini mempunyai ramai awek tapi sekadar memenuhi nafsunya dan masa lapang mereka.. 
  5. Lelaki yang anggp dirinya sentiasa betul. Pandangan atau setiap perkara yang anda buat salah pada mata atau pandangan dia. Selalunya kalau menjalinkan hubungan dengan lelaki macam ini, anda akan sering dimarah atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal (ego la tu), hal kecik pun nak dibesarkan.. 
so, adakah korang bertembung dengan 5 jenis lelaki yang disenaraikan diatas nie? jika ya pertimbangkan semula pilihan korang itu, ataupun mungkin korang kurang bersetuju dengan 5 jenis lelaki yang disenaraikan diatas ini?
jom kongsi dari pandangan korang, mungkin ada jenis-jenis lelaki yang lain yang korang leh senaraikan dalam list yang patut korang putuskan hubungan…. 
p/s : Kepada lelaki sila elakkan diri anda tergolong dari 5 jenis lelaki diatas ini :)

Tanda Si dia Menyukai Anda

Untuk mengetahui seseorang perempuan/lelaki itu menyukai seseorang amatlah banyak kerana ianya terpulang kepada individu itu sendiri. Jadi disini admin mediaserius ingin berkongsi tanda-tanda si dia menyukai anda..
Tanda Si dia Menyukai Anda1. Dia sering membuat ‘eye contact’ dengan anda kemudian tersenyum. Jika hanya sekali kemungkinan besar mungkin kerana terdapat tahi mata di muka anda. Namun, jika sering kali dia memberikan senyuman kepada anda, itu bermakna dia merasakan anda seseorang yang menarik dan ingin menceriakan hidup anda dengan senyuman dia.. 
2. Dia akan cuba mencari cara untuk berborak dengan anda. Dengan cara meminjam alat tulis, bertanyakan soalan ataupun bertanya khabar, sudah cukup bagi dia merasakan kemesraan itu.. 
3. Ketika dia berborak dengan anda, dia akan nampak gelisah dan resah. Dia akan lebih cenderung bermain-main dengan rambutnya mahupun dengan jarinya kemudian akan kelihatan malu-malu sehinggakan mukanya menjadi merah (blushing). Namun bagi sesetengah perempuan, anda akan nampak dia memberikan perhatian 100% ketika anda bercakap.. 
4. Dia lebih cenderung untuk melakukan sentuhan terhadap anda seperti menepuk bahu anda, menyentuh tangan anda atau mungkin juga mencubit anda dan bukannya ‘body contact’ dalam permainan rugbi. Paling tidak pun, si dia akan cuba berada rapat dengan anda.. 
5. Apabila ditanya sama ada dia suka siapa, dia akan kata, “adalah…” sambil memberikan senyuman. Adakalanya juga dia akan buat anda cemburu dengan mengatakan dia sukakan seseorang yang popular di tempat anda belajar atau bekerja hanya untuk melihat reaksi anda.. 
6. Dia juga akan bertanya siapa yang anda suka dengan perasaan ingin tahu. Kemudian si dia akan mula mengkritik gadis itu sikit demi sedikit kerana perasaan cemburu terhadap gadis tersebut. Bagi sesetengah perempuan, mereka akan memuji perempuan tersebut sambil memberikan senyuman palsu semata-mata untuk menutup rasa cemburu.. 
7. Ketika anda dan dia keluar bersama kawan-kawan, dia akan lebih cenderung berjalan di sebelah anda sama ada anda sedar atau tidak.. 
8. Si dia akan mengharapkan anda untuk mengajaknya keluar dengan mengulang perkataan “bosannye…..” atau mungkin bertanya tentang filem terbaru di pawagam. Jika si dia agak terdesak untuk mengajak anda keluar, dia akan menggunakan perkataan “saya belanja”..
9. Dia tahu mengenai hal peribadi anda. Dia tahu tentang keluarga anda, apa yang anda suka, apa dan anda tidak suka malahan mungkin juga dia tahu perangai anda sendiri yang anda tidak tahu. Dia akan selalu melawat profile anda di facebook. Dalam kata lain, dia ialah seorang ‘stalker’!. 
10. Apabila anda telah mula mendengar cerita daripada kawan-kawannya bahawa dia sering bercerita tentang anda, sehinggakan membuat kawan dia loya, itu bermakna dia amat-amat memuja anda.. 
11. Dia akan cuba untuk sentiasa bersama anda. Dia akan cuba menjadi yang terbaik untuk anda. Menjadi peneman ketika anda susah mahupun senang. Dia akan cuba untuk menelefon anda atau sekurang-kurangnya sms anda. Jika dia tidak berbuat sedemikian untuk satu hari, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena padanya.