Wednesday, 1 February 2012

kelebihan isteri yang taat

Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu neraka dan terbuka tujuh pintu syurga. Masuklah mana-mana pintu yang dia sukai dengan tanpa hisab.
1. Rasulullah bersabda, maksudnya : “Wanita, apabila dia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.”
2. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang soleh.”
3. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian dia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya, maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.”
4. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Perempuan itu aurat maka apabila dia keluar mendongaklah syaitan memandang akan dia.”
5. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak, haramlah baginya bau syurga.”
6. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas khawin).”
7. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya akan tinggal bersama ku dalam syurga.”
8. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apabila seorang wanita mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).”
9. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan muhrimnya) adalah seumpama gelap gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya.”

petua islam penawar kepenatan

sumber : Petua Islam Penawar Kepenatan

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. “Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”
Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali) dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

khasiat bendi

Bendi yang juga dipanggil kacang lendir ialah sejenis sayuran yang biasa didapati di pasar. Sayur bendi selain enak untuk dimakan secara goreng, juga amat sedap dicampur ke dalam kari ikan. Lebih-lebih lagi kari ikan “tongkol”. Namun begitu tidak ramai yang tahu akan khasiatnya. Sebenarnya biji bendi boleh dijadikan sebagai alternatif kepada kopi. Baik bagi mereka yang ingin mengelakkan kafein dalam kopi. Daunnya juga boleh dimakan sebagai sayur.
 
Bendi juga baik untuk fungsi otak. Ia dapat menambahkan daya ingatan serta daya kecergasan otak. Lepas ni, sesiapa yang tidak mahu cepat nyanyuk tu, bolehlah beli sayur bendi banyak-banyak. Bukan untuk orang-orang tua sahaja, malah orang muda pun sekarang dah cepat sangat lupa. Maklumlah, zaman sekarang ni banyak unsur-unsur kimia berbahaya yang terdapat dalam makanan terutama makanan segera.
 
Kegunaan Bendi: Ambil biji, akar dan bunga dan rebuskan. Air rebusan itu apabila diminum boleh menjadi ubat seperti berikut:
  • Melawaskan pembuangan air kecil
  • Boleh meredakan bengkak dan radang
  • Meringankan masalah susah bersalin (dijadikan selusuh)
  • Mengubati penyakit gonorea
  • Mengubati sifilis
  • Apabila dicampur dengan gula, boleh dijadikan sebagai sirap ubat batuk dan ubat sakit kerongkong.
  • Untuk mengubati bisul dan kudis, boleh gunakan air rebusan itu untuk menyapu pada tempat yang berkenaan.