Saturday, 1 October 2011

10 CARA ROMANTIK MEMOHON MAAF


10 CARA ROMANTIK MEMOHOH MAAF DARI SI DIA.
1. Hulurkan sejambak bunga ke rumah atau ke pejabatnya. Jangan lupa selitkan sekali kad ucapan yang ditulis kata-kata indah untuk memujuknya. Lebih romantik jika bunga pilihan anda, adalah bunga kegemaran si dia.
2. Coklat boleh memberikan ketenangan kepada mereka yang sedang berduka lara. Jadi, hadiahkan kepadanya sebagai tanda anda memohon maaf. Paling romantik jika coklat tersebut anda suapkan ke mulutnya sebagai tanda anda begitu mencintainya dan tidak boleh hidup tanpanya di sisi.
3. Tulis sebuah kad ucapan yang memuatkan 10 sebab mengapa si dia perlu memaafkan anda. Sebab pertama sudah tentulah kerana kamu amat mencintainya dan tidak mahu kehilangannya. Pasti si dia berbahagia apabila membaca kad ucapan yang ringkas tetapi cukup menyentuh hati itu.
4. Bagi mereka yang agak jiwang atau meminati muzik, apa kata kamu tujukan sebuah lagu kepadanya melalui radio kegemaran anda berdua dengan ucapan memohon maaf. Tambah romantik jika anda sendiri yang menyanyikan lagu tersebut. Si dia yang mendengar sudah pasti sangat terharu dan menghargai kesungguhan anda memohon maaf.
5. Jika berkesempatan, tunjukkan kemahiran memasak anda. Sediakan menu kesukaannya dan layanlah si dia sebaik mungkin. Dengan layanan yang baik serta hidangan yang lazat, si dia pasti akan melupakan rajuknya.
6. Bagi mereka yang berkemampuan, bawalah pasangan anda yang merajuk itu ke pusat-pusat percutian kegemarannya yang mampu memberikan ketenangan. Dengan suasana yang nyaman, si dia pasti lebih mudah mendengar penjelasan yang anda mahu berikan serta memaafkan anda. Bagi mereka yang kurang mampu, ajaklah si dia ke lokasi yang banyak menyimpan kenangan manis di antara anda berdua.
7. Imbas kembali kenangan-kenangan manis yang tercipta di antara anda berdua. Dengan kenangan manis tersebut, mohonlah maaf secara ikhlas dan nyatakan kekesalan anda di atas segala masalah yang terjadi. Tidak salah jika sesekali anda mengalah demi insan yang tersayang. Apa yang penting hubungan cinta yang terjalin tidak putus di pertengahan jalan.
8. Hantarkan sekeping kad memohon maaf dan sekuntum bunga ke kediamannya sebelum dia keluar bekerja. Si dia pasti akan terharu melihat kesungguhan anda yang sanggup bangun awal pagi semata-mata untuk menyatakan maaf. Jika si dia telah memaafkan anda, ambil kesempatan itu untuk menghantarnya ke tempat kerja dan elakkan perbualan ke arah punca perselisihan faham yang terjadi sebelum ini.
9. Ada juga individu yang tidak mempercayai daya tarikan yang ada pada sekeping kad atau sejambak bunga untuk meminta maaf. Kalau begitu gunakan kata-kata indah yang paling romantik untuk memohon maaf. Paling penting hadir dengan wajah yang ikhlas serta senyuman yang jujur. Harus diingat, wajah mereka yang terpaksa sangat mudah kelihatan dalam situasi seperti ini.
10. Cara terakhir, apa kata anda hantarkan SMS atau emel yang mampu membuatkan si dia ketawa. Dalam masa yang sama, turut selitkan kata-kata maaf agar si dia dapat memaafkan anda. Mood yang baik serta suasana yang ceria mampu mengembalikan rasa percaya si dia kepada anda. Tetapi awas, jangan ulangi kesilapan yang sama buat kali kedua.

7 Ungkapan Yang Dilarang Ketika Marah [Tips Percintaan]


Setiap orang tentu ingin hidup dengan tenang dan harmoni, akan tetapi seringkali ada saja perkara-perkara yang membuat emosi anda terganggu. Memang benar meluahkan emosi dengan marah merupakan satu cara yang sihat, namun, seringkali luahan kata-kata yang dikira berlebihan akan membuat hati orang lain pula terluka. Setidak-tidaknya ada beberapa kata-kata yang patutnya anda hindari ketika anda tengah marah atau beremosi terhadap pasangan anda.
Sewaktu bertengkar, ramai di antara kita merasa sangat menyesal kerana telah meluahkan kata-kata yang tidak sepatutnya dikatakan. Berikut adalah tujuh pernyataan yang akan mengundang penyesalan kepada anda jika diungkapkan ketika bertengkar dengan pasangan.
1. “Kamu tidak ada banyak wang”
Kalau anda bukan jenis wanita yang menilai seseorang dari pendapatannya, kalimah yang dilontarkan ketika pertengkaran berlaku jelas akan berakhir dengan penyesalan. Bahkan mungkin penyesalan anda tidak akan banyak bererti buat si dia, kerana pasangan anda akan mengingati kata-kata anda ini didalam pemikirannya, bahwa anda tidak cukup bahagia dengan wang yang dia berikan atau dia hasilkan.
2. “Seharusnya aku kawin dengan orang lain”
Jika suami atau isteri membuat anda marah, tidak perlu berlebihan dengan mengatakan kata-kata sebegini. Bila anda telanjur mengucapkannya, anda perlu menunjukkan penyesalan kerana mengungkapkannya dengan menjalani perkahwinan anda dengan lebih baik dan lebih menghargai mahligai perkahwinan anda.

3. “Kamu tak berguna”
Bahkan jika dia benar-benar dia jenis orang yang tak berguna, anda mungkin menyesal telah mengatakannya. Penyataan ini bukanlah satu perkara yang begitu mudahnya diterima seseorang tanpa memberi kesan didalam benaknya.
4. “Dunia akan jadi tempat yang lebih baik tanpa kamu”
Bayangkan, jika penyataan sebegini dilontarkan kepada anda? Apa perasaan anda?
5. “Seandainya aku tidak pernah memiliki kamu”
Biasanya, kalimah ini diucapkan orangtua pada anak mereka saat mereka kesal dengan tindakkan anak mereka. Seperti orangtua, Anda pasti akan menyesal telah mengatakannya pada pasangan anda.
6. “Kamu suami terburuk yang pernah aku miliki”
Okey, kemungkinan dia bukan suami terburuk yang pernah anda miliki dan kemungkinan besar anda hanya marah akibat keterlanjurannya dan memerlukan kesempatan untuk meredakan diri dan pemikiran serta hati anda. Jadi, pergilah jauhkan darinya seketika dan elakkan bertengkar. Jangan biarkan kata-kata ini terlepas dari bibir anda.
7. “Kenapa kamu tak mati saja?”
Anda tidak boleh mengatakan ini kepada sesiapa pun. Kematian adalah suatu hal yang serius dan tidak boleh dipermainkan. Tak mustahil mungkin bila satu minit mereka berada di depan anda dan minit berikutnya, mereka meninggal. Anda pasti akan menyesal.

8G Pada Lelaki Yang Tidak Disukai Wanita

 1. Garang
( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.
2. Ganas
(kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.
3. Gementar
(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb) Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.
4. Gabrah
(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.
5. Gentleman tiada
(langsung tak gentle, p entingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.
6. Gerumal
(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.
7. Ganggo
(keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll)Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.
8. Gatal
(miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu. Mungkin dia materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda