Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Saturday, 1 October 2011

7 Ungkapan Yang Dilarang Ketika Marah [Tips Percintaan]


Setiap orang tentu ingin hidup dengan tenang dan harmoni, akan tetapi seringkali ada saja perkara-perkara yang membuat emosi anda terganggu. Memang benar meluahkan emosi dengan marah merupakan satu cara yang sihat, namun, seringkali luahan kata-kata yang dikira berlebihan akan membuat hati orang lain pula terluka. Setidak-tidaknya ada beberapa kata-kata yang patutnya anda hindari ketika anda tengah marah atau beremosi terhadap pasangan anda.
Sewaktu bertengkar, ramai di antara kita merasa sangat menyesal kerana telah meluahkan kata-kata yang tidak sepatutnya dikatakan. Berikut adalah tujuh pernyataan yang akan mengundang penyesalan kepada anda jika diungkapkan ketika bertengkar dengan pasangan.
1. “Kamu tidak ada banyak wang”
Kalau anda bukan jenis wanita yang menilai seseorang dari pendapatannya, kalimah yang dilontarkan ketika pertengkaran berlaku jelas akan berakhir dengan penyesalan. Bahkan mungkin penyesalan anda tidak akan banyak bererti buat si dia, kerana pasangan anda akan mengingati kata-kata anda ini didalam pemikirannya, bahwa anda tidak cukup bahagia dengan wang yang dia berikan atau dia hasilkan.
2. “Seharusnya aku kawin dengan orang lain”
Jika suami atau isteri membuat anda marah, tidak perlu berlebihan dengan mengatakan kata-kata sebegini. Bila anda telanjur mengucapkannya, anda perlu menunjukkan penyesalan kerana mengungkapkannya dengan menjalani perkahwinan anda dengan lebih baik dan lebih menghargai mahligai perkahwinan anda.

3. “Kamu tak berguna”
Bahkan jika dia benar-benar dia jenis orang yang tak berguna, anda mungkin menyesal telah mengatakannya. Penyataan ini bukanlah satu perkara yang begitu mudahnya diterima seseorang tanpa memberi kesan didalam benaknya.
4. “Dunia akan jadi tempat yang lebih baik tanpa kamu”
Bayangkan, jika penyataan sebegini dilontarkan kepada anda? Apa perasaan anda?
5. “Seandainya aku tidak pernah memiliki kamu”
Biasanya, kalimah ini diucapkan orangtua pada anak mereka saat mereka kesal dengan tindakkan anak mereka. Seperti orangtua, Anda pasti akan menyesal telah mengatakannya pada pasangan anda.
6. “Kamu suami terburuk yang pernah aku miliki”
Okey, kemungkinan dia bukan suami terburuk yang pernah anda miliki dan kemungkinan besar anda hanya marah akibat keterlanjurannya dan memerlukan kesempatan untuk meredakan diri dan pemikiran serta hati anda. Jadi, pergilah jauhkan darinya seketika dan elakkan bertengkar. Jangan biarkan kata-kata ini terlepas dari bibir anda.
7. “Kenapa kamu tak mati saja?”
Anda tidak boleh mengatakan ini kepada sesiapa pun. Kematian adalah suatu hal yang serius dan tidak boleh dipermainkan. Tak mustahil mungkin bila satu minit mereka berada di depan anda dan minit berikutnya, mereka meninggal. Anda pasti akan menyesal.

8G Pada Lelaki Yang Tidak Disukai Wanita

 1. Garang
( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.
2. Ganas
(kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.
3. Gementar
(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb) Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.
4. Gabrah
(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.
5. Gentleman tiada
(langsung tak gentle, p entingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.
6. Gerumal
(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.
7. Ganggo
(keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll)Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.
8. Gatal
(miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu. Mungkin dia materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda

Wednesday, 21 September 2011

i love you !!!

....♥#########♥
.....♥#############♥
...♥###############♥
..♥#################♥..................♥###♥
..♥##################♥..........♥#########♥
....♥#################♥......♥#############♥
.......♥################♥..♥###############♥
.........♥################♥################♥
...........♥###############################♥
..............♥############################♥
................♥#########################♥
..................♥######################♥
....................♥###################♥
......................♥#################♥
........................♥##############♥
...........................♥###########♥
.............................♥#########♥
...............................♥#######♥
.................................♥#####♥
...................................♥###♥
.....................................♥#♥
.......................................♥
.......................................♥
.....................................♥
...................................♥
.................................♥
..............................♥
............................♥
.........................♥
......................♥
..................♥
.............♥
.........♥
......♥
....♥
......♥......................♥...♥
..........♥.............♥............♥
..............♥.....♥...................♥
...................♥.....................♥
................♥......♥..............♥
..............♥.............♥....♥
.............♥
...........♥
..........♥
.........♥
.........♥
..........♥
..............♥
...................♥
..........................♥
...............................♥
.................................♥
.................................♥
..............................♥
.........................♥
..................♥
.............♥
.....♥
...♥
.♥.............................♥....♥
♥..........................♥...........♥
.♥......................♥................♥
..♥...................♥..................♥
...♥....................................♥
.....♥................................♥
........♥.........................♥
...........♥...................♥
..............♥..............♥
..................♥.......♥
.....................♥..♥
.......................♥

8 sebab hubungan tidak mampu bertahan


20MAR
1. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

2. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.


3. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

4. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

5. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

6. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

7. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

8. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.


dicetak dari sini

Sunday, 18 September 2011

19 tanda lelaki jatuh cinta


(1) Mereka senyum kepada anda. (terlalu banyak senyuman yang diberikan)
(2) Mereka gelak dengan lawak jenaka anda. (walaupun lawak yang anda sampaikan sebenarnya tidak lawak)
(3) Mereka pertahankan anda daripada orang lain.
(4) Mereka bertanyakan soalan mengenai kehidupan anda.
(5) Mereka merenung anda secara sembunyi.
(6) Mereka akan gagap apabila bercakap berhadapan dengan anda.
(7) Mereka gemar untuk menyebut nama anda.
(8) Mereka memanggil anda dengan nama gelaran yang manja.
(9) Mereka akan mengajak anda keluar.
(10) Mereka akan menelefon atau mesej anda setiap hari.

(11) Mereka akan berperwatakan lebih matang dan menghormati orang lain apabila anda berada dihadapan mereka.
(12) Mereka akan memuji penampilan anda.
(13) Apabila mereka berusaha melakukan lawak jenaka, reaksi anda adalah yang pertama mereka akan lihat.
(14) Mereka sentiasa berusaha untuk bersama dengan anda seperti didalam kumpulan, kelas atau sebagainya.
(15) Mereka bertanyakan rakan anda soalan mengenai diri anda.
(16) Mereka bertanyakan pandangan anda mengenai lelaki lain.
(17) Mereka meminta nasihat anda mengenai wanita lain.
(18) Mereka mengingati semua perkara mengenai diri anda.
(19) Mereka berjenaka untuk mengetahui status diri anda yang sebenar.
diimport dari : sini

Saturday, 17 September 2011

Tanda-Tanda Cinta Anda Sudah Berakhir



Cinta kadang-kala tidak dapat diduga awal dan akhirnya. Ada yang bermula dan berakhir 
dengan kebahagiaan namun ada yang hanya bertahan untuk tempoh yang singkat sahaja. 
Sekiranya anda sedang dilanda waktu genting dalam percintaan anda, cuba lihat tanda-tandanya. 
Panduan ini berguna supaya anda tahu apakah hubungan itu masih dapat dilanjutkan atau tidak.

Dia Tukar Nombor Telefon
Tukar nombor telefon tanpa beritahu anda. Atau kalau anda mendapat nombor barunya, 
dia tak mahu mendengarnya. Ini tanda dia sememangnya tidak mahu mendengar suara anda lagi.

Duduk Berjauhan
Dulu, duduk berdekatan dan bermesra. Kalau dulu berduaan, ada saja yang dibicarakan. 
Tapi sekarang, dia hanya mementingkan kerja dan mungkin buat-buat sibuk untuk cuba 
mengelakkan dari berbicara dengan anda.

Suka Menghabiskan Masa Dengan Orang Lain
Dulu dia selalu mencari-cari waktu untuk bersua, tapi sekarang dia lebih suka menghabiskan 
waktu dengan orang lain atu teman-temannya. Dalam perbualan pun, dia tidak lagi 
bersependapat dengan anda lagi seperti dulu lagi.

Pindah Rumah Tanpa Beritahu
Alasannya, lupa untuk memberitahu anda. Namun sebenarnya ini adalah tanda dia tidak 
lagi ingin berhubungan dengan anda lagi.

Foto Anda Dihilangkan
Foto-foto anda diletakkan merata tempat yang tersorok seperti di bawah meja dan di laci. 
Dia bukannya menyimpan gambar anda sebagai kenangan atau nostalgia sebaliknya tidak 
mahu melihat wajah anda lagi.

Dia Lebih Senang Pergi Bersama Teman-temannya
Ciri-ciri ini dengan jelas dia lebih suka berdampingan dengan teman dia berbanding diri anda. 
Anda bukan lagi orang yang paling istimewa dalam hidup dia seperti dulu lagi.

Katanya Hubungan Sudah Berakhir
Kalau hubungan ini sudah berakhir begini, bermakna itulah permintaan dia dan anda harus 
menerima dengan hati yang terbuka.

Lupa Hari Jadi Anda
Jika sebelum ini ingat, tapi kini sudah lupa. Jangan tanya kenapa, tetapi faham-fahamlah sahaja 
bahawa anda sudah tidak berada dalam hidupnya seperti dulu.