Wednesday, 21 September 2011

8 sebab hubungan tidak mampu bertahan


20MAR
1. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

2. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.


3. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

4. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

5. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

6. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

7. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

8. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.


dicetak dari sini

Tuesday, 20 September 2011

cuti - cuti malaysia - langkawi

hari ni cikgu nak bawak murid2 g lawatan ke langkawi.
pakej ni cikgu dapat dari sini. siyes murah.
utk pakej 2h 3m juz kna byr rm389 bagi 4 orang.
bayaran setiap seorang sila kira sndiri..penat je cikgu ajar ilmu hisab.
dapat guna kereta 48 jam, bilik tido dua katil king size .
10% diskaun utk cabel car, island hoping & underwater world.
diambil n dihantar dari jetty.
mmg berbaloi la kalo nk g..servis pon bagus.
tiket dari sg.nibong ke jetty kuala perlis rm19.

tentatif program
kami bertolak dari sg.nibong pukul 8.30 pagi n sampai jetty lebih kurang dalam pukul 11 pagi.

muka xsabar.
kuah je nasik2 xde.
kami sampai kat langkawi pada pukul 1.30. kena jeruk dalam feri lebih kurang 45 minit g2 la.
sampai2 je kami trus amik keta n ke destinasi pertama.
kami dapat keta viva..baru lagi you.
viva bukan vavi okeh
i drive kereta manual ok......diulangi manual
underwater world, langkawi
kiri,kanan,atas,bawah...semua ikan..
makcik penguin pon ade
selepas hampir 3 jam dok tawaf dalam 2,balik bilik jap patu g pusing pekan kuah.
ada pasar malam..bez...tp gmbr la xde,menggelabah smpai lupa nk capture.
esoknye kami pagi2 lagi bersiap utk island hoping.
naik boat laju weii..
merentasi samudera utk ke tasik dayang bunting..kira2 dalam 20 minit lbh kurg.
ada mcm plncong x?
lokasi : tasik dayang bunting.
dayang bunting marble
mitos kata kalo mereka yg ssh nk dapat baby,mndi kat sini  akan setelkan masalah tuh..katanya la.
selepas beberapa ketika stay kat tasik dayang bunting,boat kami menuju laju terus ke pulau beras basah.
otw tuh kami smpat bagi makan helang..bez sgt.
helang dia pon banyak n besar2 lak tuh...gebu2 je rasa.
encik helang menyambar kulit ayam yg diberi dengan penuh rakus.
can you see the helang?
kendian,kitaorg pon sampai la kat pulau beras basah.
air dia jernih sgt2..ikan byk lak tuh.
jetty pulau beras basah
ikan nemo pon hade.
menggedikkan diri seketika
dah penat berjemur ala2 ratu hollywood kat tepi pntai neh kitaorg pon bergerak laju utk cari langkawi cable car plak.
langkawi cable car
punye la pengecut...siap bukak Quran weh!!!
pemndangan siyes lawa, cool je mcm dlm ice box.
yg tergantung tuh cable car okeh bukan tanglung.
kami dok kat c2 smpai dekat2 nak mlm la..
pastu gerak ke pasar malam lagi n balik bilik tros berdengkor.
esoknya we all troskan perjalanan di hari terakhir ke Makam Mahsuri
selamat datang ke kota mahsuri
kampung kedah je?..kelantan xdek?
buai baby ke bapak baby 2 kak?
kota mahsuri
habis je pusing2 dlm ni,kami pon nak balik da
sblum 2 sempat jgk singgah kat jual gamat..
biasa ler kan datang langkawi..xsah kalo xbeli segala macam mak nenek gamat neh.
ubat sembelit pon ade
smpat jugak singgah beli coklat...datuk nenek coklat sume ada.
murah n memuaskan
tmpt2 lain yg sempat kami jejaki spanjang kat sana :
rentas hutan telaga tujuh
pantai beringin
permandangan indah
setelah anta kereta yg disewa 2 balik ke dalam sanubari tuannya,kami berlegar di dataran Lang.
bertanduk
pertndingan mencari orang tersembunyi.
LANGKAWI
da abes dah al-kisah percutian 3h2m kami kat sineh..encik one team holiday sila bagi upah kat saya sbb da promote encik nyer pakej...sgt bez,seronok..fun,hepy..siyes berbaloi...
natasha,zuri,fiza,fathin = best fren smpai bila2..jnji

Monday, 19 September 2011

pekan munduk

kalo dulu dok dengar je org2 crite pasal pekan munduk.
bulan pose ritu baru la dapat menjejakkan kaki ke sana.
bagi mereka yg xtau, pekan munduk neh terletak kat narathiwat thailand.
sempadan kelantan - thai.
nk ke sana naik perahu je.
dalam seminit sampai la...betol.
jarak dalam 10 meter kot..siyes.
narathiwat,thailand.

dekat kan..baling donat pon sampai kot.
berenang pon sampai.
perkhidmatan perahu dicaj rm1 sehala.
dek kerana terlalu dekat perahu pon kna bergerak mcm ketam.
tp nk berniaga punye pasal,perahu xkan bergerak slagi tak penuh.
senget pon senget la..ada ruang sebesar anak rusa pon kena isi sampai penuh.
siot nye tauke.

tauke perahu kata : "kalo mati xmati sorg2,kita mati ramai2.."
isi dan terus mengisi.
yg beznye kat sini,harga barang memang siyes murah.
cukai mmg xde langsung.
sebut je nk beli ape..semua ada.
dari pistol mainan ke pistol tembak orang.
dari baju kemeja ke pakaian dalam.
toto,carpet,tikar,barang letrik..sume ada.
buah,sayur,ikan,ayam...
mak bapak je yg xde jual kat sini.


yang ni mmg xkan dapat jumpa kat mana2
kat sini je ada.
terbeliak mata n terkeluar paru2 bila nengoknye.
jual emas perak pakai ela you...rileks jep.
nak bape meter kak?
bagi mereka yg kaki mercun dan xsayang tangan.
kat sini mmg tmpat yg sesuai ngan hati n jiwa korang.
dari mercun saiz mata ikan sardin sampai bom yg leh memecahkan gua batu kapur.
sume ada.
hahah..
undang2 kat sana xsama mcm kat mesia neh.
disana segalanya bebas.
last skali,thnks 2 my mak sdara sbb bawak sy ke sana.
my baik hati mak sdara. the tengah one.
p/s : kalo nk g sana xyah sebok2 ambik gmbr nk wat pasport,g je..xde kastam yg bizibodi kat situh....tp bawak la i/c..kalo mati sbb kna bom nnt senang nak pos mayat balik mesia.