Sunday, 4 September 2011

Wanita bersalin maut jururawat tengok TV


Mangsa sakit mahu lahir anak jatuh katil klinik 

OUAGADOUGOU: Penunjuk perasaan membakar wad bersalin di Burkina Faso selepas 
seorang wanita yang sepatutnya melahirkan anak sebaliknya meninggal dunia kerana 
jururawat asyik menonton televisyen, memaksa kerajaan negara Afrika Barat itu berjanji
untuk mengambil tindakan.
Mangsa yang hamil anak kembar, meninggal dunia Rabu lalu di klinik di bandar terpencil 
Bobo-Dioulasso selepas mengharungi azab sakit bersalin, kata suaminya, Adama Traore.
Ia adalah kejadian terbaru kematian wanita hamil di wad bersalin di negara itu. Traore,
yang bercakap kepada wartawan menerusi telefon kelmarin, berkata dia membawa isterinya
ke wad berkenaan 24 jam sebelum itu.

Jururawat meninggalkan isterinya seorang diri dalam bilik bersalin dan terus menonton 
televisyen, membiarkan mangsa menanggung kesakitan hingga maut.

“Saya merayu mereka membantu isteri saya bersalin tetapi mereka suruh saya pulang,”
kata Traore.

Akur kepada tradisi Afrika Barat, yang tidak membenarkan lelaki masuk campur dalam 
kelahiran anak, Traore, meninggalkan hospital. 

Dia menerima panggilan kecemasan keesokannya daripada seorang saudara perempuan
yang menemani isterinya dan bergegas ke wad. Kematian isteri Traore dan anak
kembarnya mencetuskan kemarahan penunjuk perasaan yang membakar wad itu.

Seorang lagi wanita yang ditemubual oleh radio kebangsaan kelmarin berkata dia kehilangan 
anaknya yang berusia tujuh bulan di wad bersalin sama.

Julai lalu, seorang lagi wanita hamil terkena kejutan elektrik di sebuah wad bersalin di pinggir
ibu kota, Ouagadougou, yang mencetuskan bantahan.

Di sebalik subsidi kerajaan untuk mengurangkan kematian ketika bersalin, kadar kematian
masih lagi antara yang tertinggi di dunia pada 307 setiap 100,000 kelahiran atau 2,000 
kematian setiap tahun, menurut statistik rasmi.

Kelmarin, delegasi ahli perundangan diketuai Menteri Dalam Negeri, Jerome Bougouma,
melawat keluarga Traore.

“Disebabkan kelalaian menjadi punca kematian, pasti ada tindakan,” kata Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Dr Souleymane Sanou.

Traore berkata, dia tahu sebelum meletakkan motosikalnya Rabu lalu yang dia tidak
sepatutnya meninggalkan hospital.

“Apabila sampai dan meletak motosikal, daripada wajah mereka saya tahu sesuatu yang
tragikberlaku. Saya dapati isteri saya terbaring, sudah meninggal dunia di lantai. 

“Jururawat langsung tidak mengangkatnya. Pada saat akhir, isteri saya merintih kesakitan
dan terjatuh daripada katil,” katanya. – AP


Berita Harian

hasil culikan dari mat jebon jugak

Pinda jadual Piala Malaysia

saingan suku/separuh akhir Piala Malaysia mungkin diubah
JADUAL perlawanan suku akhir atau separuh akhir Piala Malaysia musim ini mungkin dipinda 
bagi memberi laluan kepada perlawanan persahabatan antarabangsa antara skuad Harimau 
Malaya menentang skuad Piala Dunia Australia yang dijadualkan 7 Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), 
Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata cadangan itu akan dibawa pada mesyuarat JPKT, Jumaat ini 
bagi berlaku adil terhadap pasukan yang layak ke suku akhir atau separuh akhir Piala Malaysia
tetapi memiliki ramai pemain yang beraksi dengan skuad kebangsaan.

Hamidin berkata, memandangkan tarikh perlawanan persahabatan itu yang begitu hampir dengan
 perlawanan suku akhir dan separuh akhir Piala Malaysia, ada kemungkinan beberapa pemain yang 
mewakili skuad kebangsaan tidak akan dapat beraksi untuk pasukan masing-masing dalam saingan

Piala Malaysia kerana terpaksa menghadiri latihan pusat beberapa hari menjelang perlawanan 
persahabatan itu dan memerlukan rehat seketika selepas persahabatan itu sebelum kembali bersama 
pasukan masing-masing.

Menurutnya, situasi itu mungkin akan menjejaskan cabaran pasukan yang mempunyai ramai pemainnya 
mewakili skuad kebangsaan.

Justeru, kita akan cuba memutuskan sama ada meminda jadual pertandingan Piala Malaysia atau
 pasukan yang terbabit terpaksa menerima hakikat beraksi tanpa pemain mereka yang mewakili skuad kebangsaan,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Shah
 Alam, Selangor, semalam.

Perlawanan persahabatan menentang Australia itu atas persetujuan FAM menerima jemputan
 Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA) ke negara itu bagi mengadakan perlawanan persahabatan 
di Sydney, 7 Oktober ini. 

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang mengesahkan perkara itu 26 Ogos lalu berkata, 
keputusan untuk menerima jemputan FFA itu dicapai selepas mendapat perkenan presiden, 
Sultan Ahmad Shah dan mengadakan perbincangan bersama jurulatih, Datuk K Rajagobal dan 
pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal.

Hamidin berkata, bagi mengelakkan masalah serupa daripada berulang, pada mesyuarat JKPT itu 
nanti, pihaknya akan mencadangkan supaya semua jadual perlawanan persahabatan skuad negara 
pada masa akan datang disusun rapi lebih awal dan dipastikan tidak bertembung dengan perlawanan
liga tempatan.

Berita Harian

diculik dari blog mat jebon

Saturday, 3 September 2011

lelaki Cuba bangga miliki 24 jari

BARACOA, Cuba - mereka memanggilnya 24. seorang lelaki di sini, Yoandri Hernandez Garrido mendapat gelaran tersebut kerana mempunyai enam jari yg terdapat pada setiap tangan dan kakinya, lapor sebuah akhbar semalam.


Walaupun sedar dia berbeza dengan orang lain, lelaki berusia 37 tahun itu memberitahu, dia menganggap dirinya bertuah kerana memiliki jari - jari ekstra.

"Jari - jari ini kurniaan tuhan keranan dengannya, saya mudah memanjat pokok kelapa dan memetik buahnya untuk mencari rezeki..", kata Garrido.

"Terima kasih kepada 24 jari saya, saya dapat menyara hidup. saya tidak mempunyai pekerjaan tetap", tambahnya.

Selain memetik buah kelapa, Hernandez turut menerima bayaran sehingga AS$10 (RM29.80) daripada pelancong yang mahu bergambar dengannya.

Penduduk Cuba rata - rata menerima gaji cuma AS$20 (RM59.60) sebulan. - Agensi.

sumber : kosmo.

diculik dari wall : gempak