Showing posts with label taubat. Show all posts
Showing posts with label taubat. Show all posts

Thursday, 23 February 2012

TANDA ORANG YANG TELAH DITERIMA TAUBATNYA.


TANDA ORANG YANG TELAH DITERIMA TAUBATNYA.


Seorang ahli hikmah pernah di tanya tentang taubat yang dilaksanakan oleh seorang hamba: "Adakah hamba itu boleh mengatahui bahawa taubatnya di terima atau tidak?". Lalu dia menjawab dengan mengatakan bahawa beliau tidak boleh memberi ketentuan tentang hal itu kemudian beliau memberitahu sekadar tanda-tanda sahaja. Iaitu :

1- (Hamba yang telah bertaubat itu) melihat bahawa dirinya masih belum suci dari dosa.

2- Dia melihat bahawa perasaan gembira telah hilang dari hatinya, lalu datang perasaan sedih.

3- Dia suka mendekati orang-orang yang baik dan menjauhi dari orang-orang yang jahat.

3- Walau pun sedikit rezeki yang diperolehi di dunia, tetapi dia tetap melihatnya banyak. Walaupun banyak amal akhiratnya, tetapi dia tetap melihatnya masih sedikit.

5- Dia melihat dirinya tetap sibuk melaksanakan kewajipannya terhadap Allah SWT dan tidak sedikit pun dia menguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah SWT.

6- Dia sentiasa menjaga lidah, selalu tafakur serta tetap dalam keadaan sedih dan menyesal.
Demi sesungguhnya, kisah (teladan) Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Surah Yusuf ayat 111)