Showing posts with label pemakanan. Show all posts
Showing posts with label pemakanan. Show all posts

Wednesday, 1 February 2012

di sebalik sunnah makan rasulullah

Makan menggunakan tangan adalah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang telah lama ditinggalkan oleh umat baginda pada hari ini. Tangan adalah antara alat utama untuk mengambil dan menyuap makanan ke dalam mulut. Jika ada benda yang membahayakan, tanganlah yang akan mengesannya. Umpamanya, duri, tulang ikan atau tulang ayam.
Soal kekotoran pada tangan tidak akan timbul kerana Islam menyarankan agar sebelum makan, kita disunatkan terlebih dahulu mencuci tangan dan hanya tangan kanan sahaja yang diajarkan untuk menyentuh makanan. Dikatakan, antara kehebatan hikmah menggunakan tangan adalah jari-jemari manusia itu mengandungi sejenis kimia yang akan memudahkan penghadaman makanan dalam perut. Ini terbukti apabila orang tua-tua dahulu melarang kita menyentuh makanan yang mahu disimpan dengan tangan kerana ia boleh menjadi basi. Malah, kita disunatkan menjilat jari-jemari untuk mendapatkan keberkatan dan zat penghadaman yang baik pada akhir waktu makan. Inilah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam keadaan perut yang lapar pula, kita digalakkan mulakan makan atau minum dengan sesuatu yang manis. Kenapa? Perut yang terlalu lapar dan kosong akan mengeluarkan sejenis asid yang boleh membahayakan perut. Makanan manis berupaya menghilangkan asid itu. Itulah sebabnya mengapa Nabi s.a.w memulakan berbuka puasa dengan buah tamar kerana buah tamar terkenal dengan kandungan glukosanya yang sangat tinggi.

khasiat bawang putih

Bawang putih bukan sekadar penyedap masakan. Malahan ia berkhasiat untuk kesihatan manusia. Khasiatnya telahpun diketahui pada tahun 5000 sebelum Masihi berdasarkan tulisan-tulisan purba orang-orang Babylon, Greek, Roman dan Mesir.Orang-orang Mesir purba  percaya memakan bawang putih setiap hari untuk mendapatkan tenaga dan ketahanan badan.
Pekerja yang membina piramid juga dikatakan banyak memakan bawang putih. Orang-orang Greek  pula menggunakannya untuk memulihkan penyakit typhus dan dysentary iaitu penyakit berak darah serta mengelakkan jangkitan bakteria dan gangrene pada luka semasa perang.
Para saintis pula mendapati bahawa bawang putih mengandungi alliin, terbitan sejenis asid amino. Apabila  ditumbuk atau dihancurkan bawang putih akan mengeluarkan sejenis enzim yang dipanggilallinase yang  akan menukarkan alliin kepada allicin iaitu sejenis antibiotik yang mengandungi tindakan antibakteria yang bersamaan dengan 1 % penisilin.  Oleh itu bawang putih sesuai digunakan untuk merawat luka-luka. 
Memakan bawang putih dengan kadar yang tetap  akan memberi perubahan yang besar  kepada pesakit jantung aterosklerotik. Ianya juga dikatakan boleh mengurangkan tekanan darah kerana metilalil trisulfat yang terdapat pada bawang putih  berfungsi mengembangkan  dinding pembuluh darah. Kajian juga menunjukkan bahawa bawang putih menipiskan platelet darah dengan menghalang  pengumpulan darah. Oleh itu serangan jantung dapat dielakkan. Bawang putih juga agen anti kulat. Ia berkesan  untuk merawat jangkitan kulat yang sering dihadapi oleh ahli-ahli sukan di bahagian kaki mereka (Candida albicans). Ianya juga berkesan mengelakkan jangkitan  20 % kulat lain.
Satu kajian di China  menunjukkan bawang putih berkesan untuk menyembuhkan penyakit Cytococcol Meningitis, iaitu sejenis penyakit radang otak yang berbahaya.  Bawang putih juga boleh menyembuhkan penyakit selsema dan demam selsema. Allicin yang  bertindak menghalang tindakan bakteria di dalam saluran pernafasan. Dengan ini masalah hidung tersumbat dan influenza boleh diatasi. Bawang putih juga  kaya dengan protein, vitamin A,C, tiamin dan galian-galian surih seperti tembaga, zink , kalsium,potassium, sulfur, germanium dan selenium.
Kegunaan bawang putih yang lain:
  • Membuang angin
  • Menambah dan mengawal selera makan
  • Mengurangkan sakit gigi,gusi dan gigi yang longgar
  • Merawat batuk dan batuk kering
  • Merawat selesema
  • Merawat sakit telinga
  • Menghalau serangga
  • Merawat bisul dengan menuamnya
Nota: Mungkin selama ini kita tahu bahawa bawang putih hanya berguna untuk masakan di dapur. Ataupunsebagai senjata untuk membunuh dracula atau vampire di dalam filem-filem hollywood yang belum jelas fakta kebenarannya tersebut. Sebenarnya, ternyata banyak khasiat dan kandungan dari bawang putih yang sangat berguna bagi tubuh kita. Jom manfaatkan khasiat bawang putih!

sumber