Tuesday 6 March 2012

2 Superhero di Kelantan.


Aku berbangga jadi anak Kelantan.
Aku berbangga punyai Raja yang berjiwa rakyat.
Aku berbangga punyai Menteri Besar yang menjunjung Islam.

Jika ditanya apakah kelebihan Kelantan. Maka dengan yakin aku akan menjawab, "kelebihan di Kelantan adalah kerana mempunyai peminpin yang adil dan meletakkan Islam ditempat yang tinggi.

Tok Guru Nik Aziz adalh Menteri Besar Kelantan yang ke-5 yang merupakan kesayangan rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan begitu bertuah kerana ALLAH swt telah mengurniakan seorang Ulamak dan menjadi peminpin rakyat Kelantan. Tok Guru seorang yang cintakan ilmu dan setiap hari jumaat jika tiada urusan, beliau akan bersama rakyat pada pagi jumaat untuk menyebarkan ilmu agama yang ada padanya. Dimana lagi hendak dicari Menteri Besar setiap minggu pada hari cuti sanggup berjumpa rakyat semata-mata untuk memberi tazkirah kepada rakyat. ( kini ia menjadi ikutan para pimpinan Pas yang lain)

Tok Guru Nik Aziz dianggap hero oleh masyarakat kelantan kerana telah banyak mengubah negeri Kelantan yang dulunya dianggap negeri "Gedebey".

Kini negeri Kelantan dianggap gedung ilmu agama dimana banyak pelajar mesir (al-azhar) Malaysia adalah datangnya daripada rakyat Kelantan. Kuliah tok guru pada pagi jumaat juga tidak pernah mendapat kedatangan yang mengecewakan bahkan ada yang dari jauh datang ke Medan Ilmu semata-mata unutk mendengar kuliah tok guru.

Alhamdulillah.

Ampun tuanku,.

Kami rakyat Kelantan juga begitu berbangga kerana mempunyai raja seperti Sultan Muhammad Ke-V yang berjiwa rakyat. Kami juga berbangga kerana punyai sultan yang sentiasa bersama rakyat. 

Dan yang paling kami bangga dan gembira bila melihat hubungan tok guru nik aziz dan sultan begitu rapat. Betapa bangganya kami rakyat Kelantan kerana mempunyai 2 superhero ini.

2 superhero ini dilihat bersama ketika Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kelantan. Sultan Muhammad Ke-V yang tiba ketika waktu magrib terus tergesa-gesa masuk masjid dan bersembahyang sunat sebelum berjemaah solat magrib bersama para pimpinan kerajaan Kelantan dan juga bersama rakyat.

Alhamdulillah, doa rakyat,semoga 2 Superhero di Kelantan ini dikurniakan kesihatan yang baik dan diberkati ALLAH swt.

sumber

No comments:

Post a Comment